Skyworld tawar saham 80 sen seunit

Skyworld tawar saham 80 sen seunit

(Tiga dari kiri) Datuk Seri Ng Thien Phing bersama barisan Lembaga Pengarah SkyWorld Development Berhad.

(Tiga dari kiri) Datuk Seri Ng Thien Phing bersama barisan Lembaga Pengarah SkyWorld Development Berhad.

SYARIKAT pemaju hartanah, SkyWorld Development Berhad menawarkan harga saham 80 sen seunit dengan nilai dagangan sebanyak 16.42 juta menerusi Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas SkyWorld, Datuk Seri Ng Thien Phing berkata, sebelum ini syarikat memperoleh hasil sebanyak RM166.4 juta melalui penawaran 208 juta saham biasa baharu pada harga 80 sen setiap unit.

Menurut beliau, syarikat bercadang untuk mengisytiharkan dividen tahunan dengan nisbah pembayaran sebanyak 20 peratus daripada keuntungan selepas cukai boleh diagihkan kepada pemilik syarikat.

“Jumlah hasil yang diperoleh sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk pengambilan tanah pembangunan.

“Sebanyak RM35.2 juta dan RM20 juta pula telah dibelanjakan untuk modal pusingan pembelian pembangunan projek serta pembayaran balik pinjaman bank,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau mengulas, baki sebanyak RM11.2 juta telah digunakan untuk membayar yuran dan perbelanjaan penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) SkyWorld.

Tambahnya, syarikat yakin pendekatan strategik dan peruntukan sumber yang teliti akan membolehkan pembangunan projek berkualiti serta mempercepat rancangan di peringkat tempatan atau serantau.

“Penyenaraian ini merupakan peristiwa penting bagi syarikat dan usaha seluruh pasukan yang telah bekerja keras membawa jenama SkyWorld kepada umum,” katanya.

Sumber