Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • SkyWorld beri peluang pembeli reka rumah impian
  • ACTIVITY

SkyWorld beri peluang pembeli reka rumah impian

Helmi Aziz April 16, 2022 2 minutes read
1664995.jpg

PEMAJU hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) pada Sabtu melancarkan SkyCraft, inisiatif dalam talian baharu bagi memberi peluang kepada pembeli untuk membina rumah impian mereka bersama-sama dengan SkyWorld.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, SkyCraft ialah platform yang dicipta untuk memberi peluang kepada orang ramai mengambil bahagian dalam proses pembuatan rumah walaupun sebelum SkyWorld memulakan pembangunannya.

“Kami mahu mencipta kehidupan landskap bandar yang berkualiti kerana kami percaya idea dan maklum balas yang diperoleh daripada SkyCraft akan membantu SkyWorld membina kediaman berkualiti dan meningkatkan pengalaman hidup di bandar dalam persekitaran yang mampan.

“Di SkyWorld, kami telah mentakrifkan semula tujuan untuk ‘Menjadikan Kehidupan Lebih Baik’, lalu terlahirlah idea SkyCraft.

“Ini kerana kami sentiasa percaya bahawa pendapat pembeli rumah atau yang kami gelar sebagai ‘SkyCrafter’ sangat penting dan melalui kempen ini, kita boleh mewujudkan kediaman yang lebih baik bersama-sama,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

SkyCraft dilancarkan pada Sabtu bagi memberi peluang kepada pembeli untuk membina rumah impian mereka bersama-sama dengan SkyWorld.

SkyCraft dilancarkan pada Sabtu bagi memberi peluang kepada pembeli untuk membina rumah impian mereka bersama-sama dengan SkyWorld.

Dalam pada itu, Chee Seng berkata, ‘SkyCrafters’ diberi pilihan untuk menghasilkan dua projek ternama melalui platform tersebut, iaitu SkyAmanyi di Cheras dan SkyRia by the Hills di Taman Melawati.

“Kami kini berada di peringkat lukisan bagi dua projek ini dan sudah tiba masanya untuk SkyWorld melibatkan diri dengan bakal pembeli rumah bagi melihat idea-idea inovatif yang ‘baik untuk dimiliki’ atau ‘mesti ada’ supaya kami dapat melaksanakannya dalam pelancaran dan pembinaan rumah baharu yang memenuhi permintaan pasaran semasa.

“Selain itu, ‘SkyCrafters’ juga berpeluang memenangi karya seni eksklusif SkyWorld NFT (token tidak boleh digunakan) dan saya berbangga untuk mengumumkan bahawa SkyWorld ialah pemaju pertama di Malaysia yang berbuat demikian.

“Semua projek baharu SkyWorld akan melalui platform tersebut dengan melibatkan komuniti tempatan bagi pemahaman yang lebih baik tentang pembeli rumah sebelum melancarkan sesuatu yang baharu,” jelasnya.

Untuk makluman, pelancaran secara maya itu berlangsung di SkySanctuary, pembangunan bersepadu SkyWorld yang menginspirasikan kehidupan alam semula jadi pertama di bandar.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: HRSB Holdings sasar pendapatan RM500 juta
Next: Suki Low Muncul Dengan Single Terbaharu, NELANGSA

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.