Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Sistem perbankan catat lebihan penampan modal RM129.6 bilion
  • ACTIVITY

Sistem perbankan catat lebihan penampan modal RM129.6 bilion

Helmi Aziz August 31, 2022 2 minutes read
1893230.jpg
Bank Negara Malaysia - Foto 123RF

Bank Negara Malaysia – Foto 123RF

SISTEM perbankan mencatatkan lebihan penampan modal sebanyak RM129.6 bilion pada akhir bulan Julai 2022, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Jumlah modal penampan itu merujuk kepada keperluan penampan pengekalan modal sebanyak 2.5 peratus dan keperluan minimum bank tertentu yang lebih tinggi.

Dalam laporan sorotan bulanan Jun 2022 yang dikeluarkan pada Selasa, bank pusat itu berkata tahap permodalan institusi perbankan terus kukuh untuk menyokong pemulihan ekonomi.

“Sistem perbankan terus mencatatkan kedudukan permodalan yang kukuh untuk menghadapi kemungkinan tekanan dan terus menyokong aliran kredit ke dalam ekonomi.

“Nisbah modal sistem perbankan bertambah baik pada bulan Julai, didorong oleh pengiktirafan keuntungan dan perolehan penilaian separuh tahun ke atas instrumen kewangan yang sedia untuk dijual apabila kadar hasil bon menurun sedikit,” katanya.

BNM berkata, nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih keseluruhan meningkat sedikit masing-masing kepada 1.85 peratus (Jun: 1.78 peratus) dan 1.2 peratus (Jun: 1.1 peratus).

Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) kekal pada tahap berhemat iaitu 112.8 peratus daripada pinjaman terjejas dengan jumlah peruntukan mencakupi 1.8 peratus daripada jumlah pinjaman, kata BNM.

Setakat akhir bulan Julai 2022, sistem perbankan mencatatkan jumlah peruntukan dan rizab pengawalseliaan sebanyak RM 41.1 bilion, katanya.

Selain itu, inflasi keseluruhan meningkat kepada 4.4 peratus pada bulan Julai (Jun: 3.4 peratus), seperti yang dijangka, peningkatan ini mencerminkan sebahagian besar kesan asas daripada diskaun tarif elektrik yang dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2021 yang menyumbang 0.5 mata asas kepada inflasi keseluruhan.

“Makanan dan minuman bukan alkohol juga memberikan tekanan selanjutnya kepada inflasi yang meningkat sebanyak 6.9 peratys pada bulan Julai.

“Inflasi teras juga meningkat kepada 3.4 peratus pada bulan Julai (Jun: 3.0 peratus). Peningkatan ini mencerminkan sebahagian besar harga yang lebih tinggi bagi barangan budi bicara seperti makanan di luar rumah (7.8 peratus). Perkara tersebut disebabkan oleh permintaan yang bertambah baik berikutan persekitaran kos yang lebih tinggi,” katanya. – Bernama


Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tahukah anda apa itu Akta Pengurusan Strata?
Next: Baja buatan suburkan landskap hotel

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.