Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Sharifah Khasif pernah diminta buka tudung,
  • ATTRACTION

Sharifah Khasif pernah diminta buka tudung,

Helmi Aziz February 9, 2020 2 minutes read
616905.jpg

BERBICARA tentang isu diskriminasi wanita berhijab di negara ini, personaliti agama, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman atau Sharifah Khasif mempunyai pengalaman peribadi.

Tutur wanita berusia 38 tahun itu, usai menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau dan beberapa orang rakan memohon pekerjaan di sebuah hotel bertaraf lima bintang.

“Ketika itu masing-masing teruja untuk bekerja dan memperoleh gaji sendiri. Lalu kami menghantar permohonan kepada hotel terbabit untuk bertugas di kaunter hadapan.

“Malangnya, pihak pengurusan menolak permohonan kami dengan alasan staf wanita bertudung tidak dibenarkan berkhidmat di kaunter. Jika saya berkeras juga untuk jawatan itu, maka tudung perlu ditanggalkan. Sebagai wanita Islam adalah mustahil membuka hijab semata-mata memenuhi polisi ditetapkan,” jelas beliau pada program Borak Bibir Merah Sinar Harian Siri 2 yang membincangkan tajuk Diskriminasi Wanita Berhijab baru-baru ini.

Hadir sama dalam program bual bicara isu kewanitaan, kanak-kanak dan keluarga itu, pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim dan penata gaya hijab, Didiyana Ehsan.

Tambah Sharifah Khasif, meskipun impiannya tidak kesampaian, namun beliau dan rakan-rakan tetap diterima bekerja di bahagian dapur hotel tanpa perlu menanggalkan tudung.

“Bertudung adalah wajib kerana ia dituntut dalam Islam. Jika kita berdepan dengan sebarang isu diskriminasi jangan melatah, sebaliknya kuatkan hati demi melunaskan tanggungjawab pada ALLAH.

“Yakinlah, sekiranya kita berjuang demi-NYA, insya-ALLAH rezeki yang hadir akan berlipat ganda. Justeru, jangan takut untuk berubah biarpun kebaikan itu dalam keadaan keterpaksaan,” saran beliau yang anggun menyarungkan jubah rona kelabu.

Sementara itu, Sherry atau nama sebenarnya Syarizah Ibrahim, bersyukur apabila keputusannya berhijab tatkala tawaran berlakon bertali arus merupakan percaturan terbaik.

Biarpun melakukan timbang tara dalam tempoh kurang seminggu, tetapi anak sulung daripada tiga beradik itu percaya rezeki di tangan ALLAH, bukan di tangan produksi.

“Tidak dinafikan, ada yang mempertikai keputusan (berhijab) ini kerana menyifatkan sukar untuk berpatah balik. Tiada apa yang perlu dikesali kerana saya sudah nekad menuruti perintah ALLAH walaupun masih banyak kekurangan harus diperbaiki.

“Lagipun team produksi hari ini semakin peka dan bijak menyusun watak mengikut kesesuaian penampilan pelakon berhijab. Sebelum ini misalnya, saya pernah ditawarkan peranan utama, namun terpaksa menolak kerana tidak manis dengan imej bertudung. Terharunya, mereka (produksi) tidak menggugurkan nama saya, sebaliknya mereka mencipta watak baharu yang lebih sesuai,” ujar wanita berusia 36 tahun itu yang hampir empat tahun berhijrah.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Fesyen tudung pilihan tahun 2020
Next: Sharifah Khasif pernah diminta buka tudung

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.