Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Sentimen perniagaan di Malaysia melonjak ke trajektori positif
  • ACTIVITY

Sentimen perniagaan di Malaysia melonjak ke trajektori positif

Helmi Aziz February 25, 2022 3 minutes read
1557419.jpg

SHAH ALAM – Keyakinan perniagaan kembali optimistik menjelang suku pertama 2022 dengan petunjuk keyakinan +7.6 peratus daripada -0.3 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, sentimen perniagaan di Malaysia itu melonjak ke trajektori positif buat pertama kali sejak sembilan suku tahun sebelumnya.

Katanya, dalam kesemua sektor yang disurvei, sektor perkhidmatan, industri dan perdagangan borong dan runcit menjangkakan prestasi perniagaan yang lebih baik pada suku tahun pertama 2022.

“Keyakinan perniagaan bagi sektor perkhidmatan melonjak ke trajektori positif dengan +11.1 peratus pada suku tahun rujukan daripada -1.3 peratus yang dicatatkan pada suku tahun yang lalu.

“Sektor industri pula menggambarkan keadaan perniagaan yang lebih baik dengan petunjuk keyakinan +12.2 peratus berbanding +3.6 peratus yang dicatatkan pada suku tahun keempat 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumat.

Statistik Kecenderungan Perniagaan bagi Suku Tahun Pertama 2022, berdasarkan Survei Kecenderungan Perniagaan yang dijalankan secara suku tahunan dan memaparkan jangkaan prestasi perniagaan bagi suku tahun dan enam bulan yang akan datang.

Mohd Uzir berkata, sektor perdagangan borong dan runcit turut menjangkakan prospek perniagaan yang lebih cerah dengan +4.0 peratus berbanding +3.3 peratus pada suku tahun terdahulu.

“Sebaliknya, sektor pembinaan terus pesimistik terhadap prestasi perniagaan dengan petunjuk keyakinan -40.4 peratus pada suku tahun pertama 2022,” katanya.

Berkenaan dengan hasil kasar, beliau berkata, 33.5 peratus responden menjangkakan peningkatan bagi suku tahun pertama 2022, manakala 27.7 peratus menjangkakan penurunan hasil kasar yang seterusnya mendorong kepada imbangan bersih +5.8 peratus.

Jelasnya, 38.8 peratus lagi responden menjangkakan hasil kasar mereka tidak berubah berbanding suku tahun keempat 2021.

“Dari segi trend pekerjaan, 70.8 peratus pertubuhan merancang untuk mengekalkan tenaga kerja mereka pada suku tahun rujukan. Kira-kira 18.2 peratus pertubuhan berhasrat untuk mengambil lebih ramai tenaga kerja, manakala 11.0 peratus meramal untuk mengurangkan tenaga kerja mereka yang mendorong imbangan bersih +7.2 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Uzir berkata, prospek perniagaan bagi separuh pertama tahun 2022 terus bertambah baik dengan imbangan bersih +18.9 peratus berbanding +24.1 peratus yang dicatatkan untuk tempoh Oktober 2021 hingga Mac 2022.

Menurutnya, tinjauan positif tetsebut disokong oleh sektor perdagangan borong dan runcit serta perkhidmatan dan industri yang optimistik terhadap prestasi perniagaan mereka.

“Perdagangan borong dan runcit meramalkan prospek perniagaan yang menggalakkan bagi separuh pertama tahun 2022 dengan imbangan bersih +27.0 peratus berbanding +35.1 peratus yang dicatatkan sebelum ini.

“Pada masa sama, sektor perkhidmatan pula menjangkakan keadaan perniagaan yang lebih baik dengan imbangan bersih +25.1 peratus daripada +24.3 peratus. Sektor industri juga meramalkan prestasi perniagaan yang positif dengan imbangan bersih +17.7 peratus bagi Januari hingga Jun 2022.

“Sebaliknya, sektor pembinaan menjangkakan keadaan perniagaan yang kurang menggalakkan untuk enam bulan akan datang dengan imbangan bersih -30.8 peratus berbanding -18.4 peratus yang dicatatkan sebelum ini,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: LBS catat keuntungan RM1.36 bilion
Next: Pakej Umrah Menarik Bersama Selebriti Popular Tanah Air

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.