Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Selangor catat FDI lebih rendah akibat pandemik
  • ACTIVITY

Selangor catat FDI lebih rendah akibat pandemik

Helmi Aziz April 13, 2022 2 minutes read
1661729.JPG

PANDEMIK yang tidak dapat diramal dan kelewatan pertumbuhan ekonomi menyumbang kepada pelaburan langsung asing (FDI) ke Selangor yang lebih rendah pada 2021, menurut Invest Selangor Bhd.

Cabang pelaburan kerajaan negeri Selangor itu berkata, FDI yang lebih rendah turut disebabkan ketiadaan misi promosi dan sesi libat urus negeri berkenaan di luar negara berikutan penutupan sempadan antarabangsa.

“Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Selangor menerima sebanyak RM7.5 bilion nilai pelaburan dalam sektor pembuatan pada 2021, disumbangkan terutamanya oleh pelaburan langsung domestik (DDI) dengan nilai pelaburan RM6.1 bilion.

“Projek pelaburan dalam sektor getah, kimia, elektrik dan elektronik, dan kelengkapan pengangkutan merupakan antara industri utama dengan sumbangan 71 peratus bernilai RM5.36 bilion kepada jumlah nilai pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Invest Selangor berkata, kluster industri tumpuan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada nilai pelaburan yang diluluskan.

Agensi itu berkata, di sebalik prestasi pelaburan yang lebih rendah, Selangor terus menerima jumlah projek pembuatan tertinggi dan mencipta peluang pekerjaan tertinggi di Malaysia iaitu 247 projek pelaburan dan 14,393 peluang pekerjaan untuk pekerja pelbagai bakat dan berbilang kemahiran.

Menurut kenyataan itu, Selangor telah berada di hadapan pada setiap tahun sejak 2017 dan menerima sebanyak 1,329 projek pelaburan dengan jumlah pelaburan modal RM67.5 bilion.

Projek-projek ini melahirkan sebanyak 83,934 peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan di Selangor, katanya.

“DDI kekal sebagai sumber kukuh pelaburan bagi Selangor. Sejak 2017, negeri ini menerima RM31.1 bilion (46 peratus daripada jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan untuk 2017-2021), di samping mempertahankan DDI dengan purata RM6 bilion pada setiap tahun.

“Selangor akan terus menumpukan untuk menarik projek bernilai tinggi dan memberi impak kepada pelabur domestik dan asing berpotensi serta mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi kepada lebih 6.5 juta penduduknya,” kata Invest Selangor. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: AirAsia Malaysia tunggu sempadan dibuka ke India
Next: SISI RELIGI MADAM & IMAGI MENERUSI ‘DENGAN SEMPURNA’

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.