Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Sediakan rangka kerja terjamin bagi inovasi teknologi: BNM
  • ACTIVITY

Sediakan rangka kerja terjamin bagi inovasi teknologi: BNM

Helmi Aziz June 17, 2019 3 minutes read
356931.jpg

TERDAPAT keperluan mendesak bagi industri kewangan dan negara untuk menyediakan rangka kerja berwibawa dan terjamin untuk inovasi teknologi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Nor Shamsiah Mohd Yunus hari ini.

Memberikan contoh, beliau berkata keperluan untuk merumuskan strategi negara yang sepadu, mantap dan komprehensif mengenai keselamatan siber adalah amat penting.

“Kita hanya akan dapat memainkan peranan dipertanggungjawabkan kepada kita untuk menyokong ekonomi secara menyeluruh sekiranya kita memberi tumpuan kepada pertimbangan risiko strategik dan operasi,” katanya semasa merasmikan Minggu MyFintech 2019 yang julung kali dianjurkan di sini, hari ini.

Dunia, seperti ditegaskan oleh beliau, telah mengalami perubahan dramatik dan menggesa supaya tumpuan diberikan pada lima megatrend.

Menurutnya lima megatrend itu berhubung kait dengan perubahan dalam aturan ekonomi dunia dengan kebangkitan Asia, risiko perubahan iklim, peningkatan ketaksaksamaan pendapatan, peningkatan populisme dan perlindungan dasar-dasar serta kemajuan teknologi.

Kebergantungan yang semakin meningkat kepada teknologi, menurut gabenor telah mencetuskan kehadiran risiko yang tidak boleh diabaikan termasuk isu privasi data, diskriminasi atau berat sebelah dan perpindahan segmen tertentu dalam masyarakat.

“Dalam era digital, risiko lebih tinggi bagi serangan siber dan gangguan operasi secara besar-besaran adalah sesutau yang kita masih belum dapat atasi dengan sepenuhnya.

‘’Oleh itu, ketika kita beri pertimbangan kepada masa depan kewangan, kita perlu merenungkan bukan sahaja tentang bagaimana megatrend ini memberi kesan terhadap kewangan, tetapi juga bagaimana kewangan sendiri boleh memberi respons dan mencorakkan trend ini kepada lebih positif di masa depan,” katanya.

Nor Shamsiah turut menegaskan bank pusat komited dalam memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk membolehkan inovasi berkembang maju.

“Sepertimana mana-mana institusi kewangan, kita perlu mengseimbangkan manfaat penting institusi-institusi kewangan dengan risikonya.

“Kami juga sedar bahawa gesaan yang kami buat untuk industri sendiri mengawal dan menyelia, boleh menghalang inovasi,” katanya.

Kewangan, menurut beliau, perlu relevan dengan keperluan ekonomi dan ia mesti menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan yang sesuai, kos efektif dan berkualiti untuk semua segmen masyarakat.

Ia juga perlu respons terhadap perubahan demografi dan struktur ekonomi, katanya.

“Untuk selamat, kewangan tidak boleh menyemai benih kehancurannya sendiri dan tidak berfungsi sebagai penampan risiko terhadap ekonomi.”

Gabenor mengambil perhatian bahawa keupayaan kewangan untuk menggerakkan modal, mewujudkan manfaat dan pengagihan mengambil risiko akan menyebabkan ketidakstabilan yang bukan sahaja berbahaya kepada syarikat tertentu tetapi juga ekonomi dan masyarakat umumnya.

Kewangan juga perlu bertanggungjawab terhadap sosial, kata Nor Shamsiah.

Beliau menegaskan bahawa institusi kewangan perlu mementingkan kepimpinan yang sangat diperlukan di dunia berikutan pengabaian berterusan terhadap pembangunan saksama dan alam sekitar yang semakin terjejas akan menyebabkan masyarakat kehilangan tempat tinggal, meningkatkan ketegangan sosial dan politik serta meletakkan generasi akan datang berdepan risiko.

MyFW2019 yang akan berakhir pada 21 Jun diadakan bersempena dengan Minggu Teknologi Malaysia 2019 anjur Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia.

Ia bertujuan menggalakkan pertumbuhan dan kepelbagaian dalam ekosistem fintech, merangsang transformasi digital institusi kewangan, memacu inovasi bertanggungjawab dalam fintech dan meningkatkan penerimaan fintech dalam kalangan orang awam.

Bertemakan “Arus Perubahan: Masa Depan Kewangan”, MyFW2019 memberi tumpuan kepada lima bidang utama termasuk keselamatan siber, kewangan Islam dan Insurtech. -Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Fakta kebaikan berjalan 10,000 langkah sehari
Next: Pembangunan berorientasikan transit

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.