Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Samsung yakin permintaan tinggi terhadap TV skrin besar
  • ACTIVITY

Samsung yakin permintaan tinggi terhadap TV skrin besar

Helmi Aziz May 21, 2019 2 minutes read
302907.jpg

SAMSUNG Malaysia Electronics mengunjurkan permintaan tinggi terhadap segmen televisyen skrin besarnya dengan pelancaran televisyen (TV) revolusi QLED 8K terbarunya.

Ketua Bahagian Audiovisual Vincent Lee berkata permintaan terhadap TV skrin besar mula meningkat selepas pengenalan TV resolusi 4K.

“Bahagian untuk saiz skrin besar daripada 65 inci ke atas meningkat dengan ketara sebanyak dua digit dari tahun ke tahun,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran TV 98 inci QLED 8K baharu, di sini, hari ini.

Menurut Lee, ketika ini, TV 4K menyumbang 65 peratus daripada keseluruhan penjualan televisyen di Malaysia berbanding hanya enam peratus pada 2015.

“TV resolusi 4K menerima sambutan yang baik di Malaysia. Kami percaya dengan saiz skrin yang lebih besar, TV resolusi 8K akan turut diterima dengan baik,” katanya.

Mengikut peredaran semasa, beliau berkata TV skrin besar akan menjadi fokus utama syarikat itu pada masa hadapan.

“Di Samsung kami pasti masih mempunyai semua jenis TV untuk memenuhi keperluan pengguna kami. Bagaimanapun, kami percaya permintaan akan beralih daripada 65 inci kepada 98 inci,” kata Lee dan menambah Samsung telah menjadi peneraju global TV selama 13 tahun berturut-turut.

Beliau berkata, TV 98 inci QLED 8K adalah tawaran terbesar oleh Samsung dan akan dijual pada harga RM299,999, sementara bagi varian 82-inci dan 75-inci akan ditawarkan masing-masing pada harga RM99,999 dan RM59,999.

Selain itu, syarikat tersebut juga memperkenalkan TV 4K daripada saiz 49-inci hingga 82-inci sebagai sebahagian daripada pengeluaran TV QLED pada 2019, dengan harga bermula daripada RM4,999.

Ciri-ciri TV QLED Samsung 2019 ialah HDR10+, format pemprosesan gambar premium yang menjadikan babak cerah lebih cerah dan babak gelap lebih gelap.

Ia juga dilengkapi dengan pengesan kawalan cahaya automatik dan teknologi skrin magik, di mana pengguna boleh menetapkan kandungan hiasan paparan dengan maklumat berguna, gambar dan meniru tekstur dinding di belakangnnya.

Syarikat itu juga akan mengadakan jerayawara di centre court Mid Valley bermula hari ini hingga 12 Mei bagi mempromosikan produk baharu itu termasuk soundbar N950 dengan Harman Kardon yang dilancarkan tahun lepas. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Jauhkan diri daripada bermain mercun
Next: Sebelum orang menjauhi kita baik cepat-cepat atasi bau badan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.