Rudy, Marizainee menang hadiah utama

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian > AKTIVITI > Rudy, Marizainee menang hadiah utama

Rudy, Marizainee menang hadiah utama

SHAH ALAM – Perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih meriah buat Rudy Marzuki, 50, dan Marizainee Mat Hussin, 49, kerana mereka dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama peraduan ‘MR. D.I.Y.,MR DOLLAR x P&G Beli & Menang’ yang dianjurkan MR D.I.Y. dan syarikat barangan pengguna, Procter & Gamble Sdn Bhd (P&G).

Kemenangan itu membolehkan Rudy membawa pulang sebuah kereta Honda City Hatchback S baharu manakala Marizainee memenangi sebuah motosikal Yamaha Lagenda 115Z.

Pengurus Kanan Akaun Utama, P&G, Heon Theng Soon (kiri) menyerahkan hadiah utama peraduan MR. DOLLAR x P&G ‘Beli & Menang’ kepada Marizainee (kanan) dalam satu majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini.

Pengurus Kanan Akaun Utama, P&G, Heon Theng Soon (kiri) menyerahkan hadiah utama peraduan MR. DOLLAR x P&G ‘Beli & Menang’ kepada Marizainee (kanan) dalam satu majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, peraduan itu amat popular dalam kalangan pelanggannya kerana menyediakan pelbagai hadiah menarik kepada pemenang.

“Cabaran yang kami hadapi setiap tahun adalah untuk menjadikan ia lebih besar dan lebih baik.

Rekod jumlah penyertaan pada tahun ini membuktikan bahawa kami telah berjaya berbuat demikian.

Peraduan seperti ini membantu menyampaikan nilai yang konsisten kepada pelanggan dan kami berterima kasih kepada P&G kerana telah bersama menjayakannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

MR D.I.Y mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan tersebut, baru-baru ini.

Goh berkata, Peraduan MR D.I.Y. tersebut menyaksikan lebih 590 pelanggan bertuah membawa pulang hadiah bernilai RM148,888, termasuk telefon pintar iPhone 13 Pros untuk dua pemenang hadiah kedua, pembersih vakum Dyson V12 Detect Slim Fluffy untuk empat pemenang hadiah ketiga dan sebanyak 588 baucar tunai MR. D.I.Y. dan MR. DOLLAR sebagai hadiah saguhati.

Beliau berkata, MR D.I.Y kini sedang mengadakan peraduan MR D.I.Y. x P&G Raya & Menang edisi kelima, sehingga 31 Mei 2022.

“Pelanggan hanya perlu membeli produk-produk P&G bernilai RM15 dalam satu resit, imbas kod QR dan menjawab dua soalan mudah.

Peraduan ini menawarkan lebih daripada 100 hadiah mingguan dengan peti sejuk gaya 50-an dari SMEG sebagai hadiah utama,” katanya.

Sementara itu, pemenang hadiah utama, Rudy berbesar hati dan gembira apabila memenangi hadiah utama peraduan berkenaan.

“Saya memang merancang untuk menukar kereta baharu selepas raya dan kini MR DI.Y. dan P&G telah menghadiahkan hadiah raya terbaik dalam hidup,” katanya.

Turut teruja dengan kemenangan itu ialah Marizainee dan mengakui ini kali pertama mengambil bahagian dalam peraduan yang dianjurkan oleh MR DOLLAR.

“Saya suka membeli-belah di sana dan secara kebetulan, saya terlihat butir-butir peraduan tersebut semasa berkunjung ke cawangan tersebut bersama seorang rakan.

Kami berdua mengambil bahagian dan saya sangat bertuah kerana telah terpilih sebagai pemenang utama,” katanya.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber