Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$114.7 bilion

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$114.7 bilion

Bank Negara Malaysia - Foto 123RF

Bank Negara Malaysia – Foto 123RF

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$114.7 bilion (AS$1=RM4.53) setakat 15 Mei 2023, daripada AS$114.4 bilion pada 28 April 2023.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$102.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion), dan aset-aset rizab lain (AS$2.9 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM620.02 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM506.33 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.21 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.63 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.45 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM71.26 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM167.93 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.55 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM202.81 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.76 bilion), deposit-deposit lain (RM39.84 bilion), kertas Bank Negara (RM9.66 bllion), peruntukan SDR (RM28.73 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.65 bilion). – Bernama

Sumber