Rizab antarabangsa BNM AS$112.8 bilion

Rizab antarabangsa BNM AS$112.8 bilion

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion pada 31 Mei, 2022.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ini merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$100.3 bilion pada 31 Mei, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (AS$6.0 bilion), emas (AS$2.4 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion). – Bernama

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber