Rizab antarabangsa BNM AS$108.5 bilion pada akhir Oktober

Rizab antarabangsa BNM AS$108.5 bilion pada akhir Oktober

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$108.5 bilion pada 31 Oktober 2023.

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (AS$96.5 bilion); kedudukan rizab Tabung Kewangan Antabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion); hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion); emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM610.34 juta merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM509.36 bilion); Kertas Kerajaan Malaysia (RM13.01 Bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM23.99 bilion); tanah dan bangunan (RM4.14 bilion), serta aset-aset Lain (RM59.84 bilion).

Sumber