Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit teruskan aliran menyusut berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit teruskan aliran menyusut berbanding dolar AS

Helmi Aziz May 21, 2019 2 minutes read
308981.jpg

RINGGIT dibuka sedikit rendah hari ini, menerus aliran menurun berikutan pelabur sedang menunggu pengumuman angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama (Q1) pada Khamis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan dibuka pada paras 4.1595/1625 berbanding dolar AS daripada 4.1570/1600.

Seorang peniaga berkata selepas pengumuman kadar dasar semalaman minggu lepas dan indeks pengeluaran perindustrian bulanan (IPI), peniaga kini menunggu data KDNK bagi Q1 sebelum melabur.

RHB Bank dalam penyelidikan ekonominya hari ini berkata data dicatatkan IPI Mac pada 3.1 peratus daripada 1.7 peratus pada Februari yang ebih tinggi daripada jangkaan adalah disumbangkan oleh kenaikan dalam sektor perkilangan dan elektrik.

“Kami menjangkakan pertumbuhan KDNK akan merosot kepada 4.3 peratus tahun ke tahun pada Q1 2019 daripada 4.7 peratus daripada Q4 2018 ekoran kelembapan ekonomi serta ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS)-China,” katanya.

Sementara itu, rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata pasaran masih dipengaruhi ketegangan perdagangan antara AS dan China, dan sebarang kemelut yang timbul semasa rundingan itu berjalan akan memberi kesan ketara terhadap pasaran.

“Pasaran menjangkakan pengumuman tarif tidak akan menjadi kenyataan dan pelabur kekal yakin bahawa ketegangan perdagangan akan diselesaikan dan disusuli dengan Trump-Xi mencapai persetujuan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang asing utama lain.

Mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0486/0510 daripada 3.0503/0534 pada Jumaat, dan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.4107/4150 daripada 5.4091/4147.

Mata wang tempatan menyusut berbanding yen kepada 3.7910/7948 daripada 3.7843/7880, dan turun berbanding euro kepada 4.6711/6762 kepada 4.6683/6733 pada Jumaat. -Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kesan buruk gajet kepada remaja
Next: Pakai kaca mata ikut bentuk wajah

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.