Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

Pada jam 9.05 pagi, ringgit mengukuh kepada paras 4.7515/7580 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.7600/7645. - Gambar hiasan

Pada jam 9.05 pagi, ringgit mengukuh kepada paras 4.7515/7580 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.7600/7645. – Gambar hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS selama dua hari bermula hari ini dengan bank pusat Amerika itu dijangka menyokong kadar faedah.

Selain itu, keputusan dasar monetari Bank of Japan (BOJ) juga akan menjadi tumpuan hari ini.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit mengukuh kepada paras 4.7515/7580 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.7600/7645.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid turut menjangkakan Rizab Persekutuan mengekalkan kadar dananya pada 5.50 peratus.

Sumber