Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal

Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal

Pada jam 9.32 pagi, ringgit menyusut kepada 4.6835/6880 berbanding dolar AS daripada paras 4.6670/6745, semalam. Foto hiasan

Pada jam 9.32 pagi, ringgit menyusut kepada 4.6835/6880 berbanding dolar AS daripada paras 4.6670/6745, semalam. Foto hiasan

RINGGIT rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada urus niaga awal Selasa, prestasi sama untuk hari kedua berturut-turut bagi minggu ini apabila unit negara maju itu terus mengukuh berbanding mata wang lain, kata penganalisis.

Pada jam 9.32 pagi, ringgit menyusut kepada 4.6835/6880 berbanding dolar AS daripada paras 4.6670/6745, semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, terdapat kemungkinan permintaan terhadap emas dalam dolar AS susulan kebimbangan berkaitan geopolitik di Timur Tengah, AS dan China.

Pada masa sama, katanya, pasaran turut memantau rapat mengenai pendirian berkaitan dasar daripada kalangan pegawai Rizab Persekutuan (AS) pada minggu ini, didorong oleh kemungkinan penangguhan kadar faedah akibat senario inflasi yang kurang memberangsangkan.

Sumber