Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal

Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal

RINGGIT menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis apabila mata wang negara maju itu terus mengekalkan momentum peningkatannya, dipacu oleh data ekonomi terkini yang memberangsangkan, kata ahli ekonomi.

Pada jam 9.05 pagi, nilai ringgit susut kepada 4.6825/6875 berbanding dolar AS daripada paras 4.6735/6805 pada akhir urus niaga semalam.

Peniaga ActivTrades Dyogenes, Rodrigues Diniz berkata, pengukuhan dolar AS ternyata ketara selepas pengumuman data tuntutan awal pengangguran AS yang lebih rendah daripada dijangkakan, sekali gus menggambarkan keadaan ekonominya yang berdaya tahan.

“Petunjuk itu mengukur jumlah orang yang memohon insurans pengangguran pada minggu lepas. Pada masa sama, data itu membantu pelabur mendapatkan petunjuk mengenai keadaan pasaran pekerjaan di AS.

Sumber