Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

RINGGIT mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga pada Rabu selepas permintaan terhadap mata wang negara maju itu susut susulan pengumuman data ekonomi AS.

Perkembangan itu menyaksikan data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS susut daripada jangkaan ramai kepada 3.2 peratus pada Oktober berbanding 3.3 peratus yang dijangkakan.

Setakat jam 9.09 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.6550/6600 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7210 pada akhir dagangan semalam.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, data inflasi AS juga lebih rendah berbanding dua bulan lepas apabila IHP meningkat sebanyak 3.7 peratus bagi dua bulan berturut-turut.

Sumber