Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit kukuh berbanding mata wang utama lain
  • ACTIVITY

Ringgit kukuh berbanding mata wang utama lain

Helmi Aziz November 24, 2023 2 minutes read
Nilai ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pagi ini berikutan kekurangan minat belian baharu. - Foto hiasan

Nilai ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pagi ini berikutan kekurangan minat belian baharu. – Foto hiasan

NILAI ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pagi ini berikutan kekurangan minat belian baharu.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada paras 4.6785/6855 berbanding dolar AS daripada 4.6775/6830 pada penutup Khamis.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit diunjur kekal stabil berbanding dolar AS pada sekitar RM4.68 tanpa kehadiran sebarang petunjuk daripada AS berikutan cuti hari Kesyukuran.

Beliau berkata, tumpuan hari ini adalah pada indeks harga pengguna (IHP) Malaysia, yang dijangka mencapai 1.9 peratus pada Oktober berdasarkan konsensus.

“Jika ia menjadi kenyataan, ini akan menjadi tahap yang tidak berubah, menunjukkan bahawa kadar inflasi telah stabil.

“Berdasarkan ini, kadar dasar semalaman (OPR) mungkin kekal stabil dalam tempoh terdekat memandangkan kadar faedah sebenar telahpun positif, menunjukkan dasar monetari tidak terlalu akomodatif,” katanya kepada Bernama.

Pada pembukaan dagangan, ringgit lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai mata wang tempatan mengukuh berbanding euro pada 5.1038/1114 daripada 5.1092/1152 pada Khamis, menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1294/1343 daripada 3.1342/1381 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8678/8766 daripada 5.8740/8809.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.4917/4972 daripada 3.4922/4969 dan meningkat berbanding baht Thai pada 13.2475/2726 daripada 13.2601/2813 semalam.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding peso Filipina pada 8.45/8.47 daripada 8.44/8.46 sebelumnya dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.7/301.4 daripada 300.6/301.2. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Estranged: Memperkenalkan Kebudayaan Etnik Borneo melalui Konsert ‘Apa Khabar Teman?’
Next: Bangun Showcase 2023 akan menyaksikan A.C.A.B memainkan set penuh daripada album Bangun

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.