
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat selepas hasil perbendaharaan AS 10 tahun menyusut, yang diharapkan menurunkan inflasi. – Gambar hiasan 123rf
RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat selepas hasil perbendaharaan AS 10 tahun menyusut, yang diharapkan menurunkan inflasi.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7750/7800 berbanding dolar AS daripada 4.7855/7885 sewaktu ditutup pada Khamis.
Seorang penganalisis berkata, pengukur inflasi yang menjadi keutamaan Rizab Persekutuan AS iaitu Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Teras akan dikeluarkan lewat malam ini.
Pasaran meramalkannya akan meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan.