Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS

Helmi Aziz February 10, 2022 2 minutes read
1493162.jpg

RINGGIT ditutup tidak berubah berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) hari ini, diniagakan dalam keadaan berhati-hati menjelang pengeluaran data ekonomi global dan domestik yang akan menentukan hala tuju pasaran, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan itu berada pada 4.1825/1840 berbanding dolar AS 4.1825/1850 ketika ditutup pada Rabu.

Hong Leong Bank Bhd dalam nota penyelidikannya berkata, ia kekal neutral terhadap pergerakan ringgit/dolar hari ini dan minggu akan datang, menjangkakan julat mingguan 4.17-4.20 di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan pasaran memantau Indeks Harga Pengguna (CPI) AS malam ini dan angka keluaran dalam negara kasar Malaysia suku keempat yang akan dikeluarkan pada 11 Feb.

Dyogenes Rodrigues Diniz dari ActivTrades berkata, sentimen ketidakpastian kekal kukuh terhadap dolar AS berikutan jangkaan pasaran menjelang pengeluaran data CPI AS.

“Bacaan terkini menunjukkan inflasi berada pada 5.5 peratus, tertinggi sejak April 1991, yang sebahagiannya menyebabkan pasaran menghadapi kebimbangan sejak kebelakangan ini.

“Tuntutan Pengangguran Awal merupakan satu lagi elemen makroekonomi yang turut diberi perhatian dalam sesi kemudiannya memandangkan mengekalkan kadar pengangguran yang rendah merupakan satu lagi matlamat Rizab Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun pada 3.6118/6134 daripada 3.6250/6275 ketika ditutup pada Rabu dan naik berbanding pound Britain kepada 5.6761/6781 daripada 5.6765/6799.

Unit tempatan itu jatuh berbanding euro kepada 4.7865/7882 daripada 4.7785/7814 pada Rabu dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.1173/1187 daripada 3.1148/1169 semalam. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Komuniti global perlu bantu jadikan industri minyak sawit lebih lestari
Next: MITI gesa PKS mohon sijil Logo Kebangsaan Jenama Malaysia

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.