Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit ditutup tertinggi sejak 1 Ogos 2018
  • ACTIVITY

Ringgit ditutup tertinggi sejak 1 Ogos 2018

Helmi Aziz February 20, 2019 2 minutes read
195017.jpg

HARGA minyak mentah yang stabil, sentimen pasaran Malaysia yang positif serta keyakinan terhadap rundingan perdagangan AS-China, mendorong ringgit untuk ditutup pada tahap tertinggi dalam tempoh lebih enam bulan, hari ini.

Pada jam 5 petang, nota tempatan melonjak 140 mata asas, atau 18 peratus kepada 4.0640/0700 berbanding dolar AS daripada 4.0780/0830 pada Selasa, paras tertinggi sejak 1 Ogos 2018, apabila ringgit mencecah 4.0640/0680.

Seorang peniaga berkata, harga minyak mentah yang lebih tinggi, yang menyaksikan paras minyak mentah Brent bergerak melebihi US$66 setong hari ini, terus meningkatkan keyakinan pelabur memandangkan harga minyak yang lebih baik akan meningkatkan hasil negara menerusi minyak dan gas.

“Sementara itu, berita bahawa Malaysia berada di peringkat akhir rundingannya dengan China untuk mendapatkan harga yang lebih rendah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur bernilai US$20 bilion, juga membantu meningkatkan sentimen pasaran di negara ini,” katanya.

Di luar negara, peniaga itu berkata harapan ke atas kemajuan dalam rundingan perdagangan AS-China yang disambung semula minggu ini, meningkatkan minat pelabur ke atas mata wang pasaran pesat membangun.

“Ini memberi sokongan kepada prestasi ringgit,” katanya.

Pada penutupan, ringgit bagaimanapun didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali yen Jepun.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0066/0115 daripada 3.0052/0093 pada Selasa, merosot berbanding pound Britain kepada 5.2986/3081 daripada 5.2680/2761 dan turun berbanding euro kepada 4.6106/6195 daripada 4.6085/6158.

Berbanding yen Jepun, unit tempatan mengukuh kepada 3.6679/6743 daripada 3.6812/6867 sebelum ini. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bursa Malaysia ditutup tinggi
Next: Robot jururawat

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.