Ringgit ditutup rendah menjelang keputusan kadar faedah AS

Ringgit ditutup rendah menjelang keputusan kadar faedah AS

Pakar ekonomi menjangkakan ringgit mungkin terus lemah dalam masa terdekat ini. - Foto Bernama

Pakar ekonomi menjangkakan ringgit mungkin terus lemah dalam masa terdekat ini. – Foto Bernama

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu memandangkan pelabur menantikan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS berkenaan kadar faedah negara itu pada lewat malam ini.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7695/7735 berbanding dolar AS daripada 4.7615/7655 sewaktu ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) terus meraih kenaikan pada Rabu, memandangkan peserta pasaran menunggu keputusan Fed pada malam ini.

“Walaupun kami percaya Fed mungkin mengekalkan kadar faedah stabil, kenyataan (yang berpotensi) dengan kecenderungan menaikkan kadar faedah akan memberikan sokongan kepada dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Sumber