Ringgit dibuka mengukuh selepas unjuran data inflasi AS pacu sentimen

Ringgit dibuka mengukuh selepas unjuran data inflasi AS pacu sentimen

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat ke paras 4.6430/6470 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6495/6535. Foto hiasan

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat ke paras 4.6430/6470 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6495/6535. Foto hiasan

RINGGIT mencatat peningkatan kecil pada awal urus niaga Selasa selepas kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS) terbantut susulan jangkaan bank pusat negara maju itu menurunkan kadar faedah berikutan prospek data inflasi AS yang mereda.

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat ke paras 4.6430/6470 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6495/6535.

Data Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS bagi Disember yang dijangka diumumkan minggu ini, akan memberi petunjuk lanjut mengenai pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) bagi tahun ini, kata peniaga.

Menurutnya, sebarang penurunan dalam angka inflasi berkemungkinan menyaksikan bank pusat AS itu mengurangkan lagi kadar faedah itu dalam bulan-bulan akan datang.

Sumber