Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit, buruh murah bukan faktor pemacu eksport
  • ACTIVITY

Ringgit, buruh murah bukan faktor pemacu eksport

Helmi Aziz March 28, 2019 2 minutes read
244551.jpg

MALAYSIA tidak harus bergantung kepada faktor seperti penyusutan nilai ringgit dan tenaga kerja asing yang murah bagi merangsang daya saing eksport, kata penganalisis.

Malah, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Malaysia, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Khan berkata kedua-dua faktor itu sememangnya ‘tidak sihat’ untuk dijadikan pemacu prestasi eksport negara ini.

“Daya saing eksport itu sepatutnya dipacu oleh produktiviti dan bukan sebaliknya,” katanya pada sesi perbincangan panel mengenai ekonomi Malaysia di sini hari ini.

Acara anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia itu diadakan bersempena Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018 yang dikeluarkan semalam.

Laporan itu antara lainnya menyatakan, Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 3.4 peratus tahun ini berbanding 6.8 peratus pada 2018.

Sementara itu, import pula akan disokong oleh permintaan domestik yang berterusan dengan import kasar dijangka berkembang 4.5 peratus pada 2019 berbanding 4.9 peratus pada 2018 dengan mengambil kira peningkatan semula import perantaraan dan modal.

Mengulas aspek pelaburan asing, Nazri Khan berkata pihak berkuasa di Malaysia, termasuk BNM perlu menumpukan usaha memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana yang mampu menarik lebih banyak pelaburan.

“Ini supaya PKS berkenaan yang boleh menjadi syarikat berkaitan kerajaan pada masa depan, berada dalam sektor tepat serta mewujudkan pekerjaan yang bersesuaian bagi rakyat negara ini,” katanya.

Menurut Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 yang dikeluarkan oleh BNM, aspek pembiayaan alternatif yang merangkumi modal teroka, pemerolehan ekuiti melalui Internet, pelaburan tidak formal, pemajakan, pemfaktoran serta pembiayaan rakan setara, hanya mencakupi kurang tiga peratus daripada keseluruhan pembiayaan PKS di Malaysia dan memiliki jumlah peserta yang ramai.

Antara bidang dikenal pasti BNM bagi merancakkan pembangunan dan memenuhi keperluan pembiayaan PKS ini adalah mewujudkan satu rangka kerja kepentingan bercagar untuk menambah baik infrastruktur akses kepada pembiayaan, khususnya bagi kumpulan itu yang menyumbang 37.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Pada masa ini, firma tidak diperbadankan yang mencakupi kira-kira 70 peratus daripada PKS, tidak mempunyai rangka kerja yang sah untuk menjadikan aset boleh alih sebagai cagaran.

“Rangka kerja baharu ini akan meluaskan lagi rangkaian aset yang boleh digunakan oleh PKS untuk membuat pinjaman (contohnya jentera, harta intelektual, inventori, produk pertanian) selain cagaran konvensional dalam bentuk bangunan atau harta tanah,” kata BNM. -Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Proton X70 atasi rekod jumlah penyerahan dalam segmen SUV
Next: Wujudkan rangka kerja holistik buruh asing

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.