Resipi Ramadan mudah, cepat daripada Ayam Brand

Resipi Ramadan mudah, cepat daripada Ayam Brand

  • May 13, 2019
  • 0 comments

SAHUR dan iftar sepanjang Ramadan, diikuti oleh sambutan raya sememangnya dapat mengumpulkan sanak-saudara dan rakan-taulan untuk menikmati hidangan tradisional, di samping meneroka makanan baharu yang enak. Bagi kebanyakan orang, hidangan istimewa adalah yang dimasak di rumah.

Ayam Brand telah menghasilkan lapan resipi menarik yang mudah dan cepat, boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Resipi-resipi ini seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat.

Donburi Sardin

Resipi ini mudah dan sedap dimakan bersama nasi lemak. Hanya menggunakan enam ramuan untuk dihasilkan, iaitu masak nasi dengan santan Ayam Brand, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Kemudian hidangkan dengan sardin Ayam Brand di dalam minyak zaitun. Siap untuk dihidangkan.

Bebola Nasi Perang Tuna

Anda pasti tidak puas makan sebiji bebola nasi perang tuna. Sediakan pada malam sebelumnya dan letakkan di dalam peti sejuk. Masukkan ke dalam oven untuk mencairkan keju dan membuatkan bahagian luarnya garing. Bakar, jangan goreng dan ia sedia untuk dimakan dalam masa hanya 10 minit.

Kek Ikan Thai

Membuat Kek Ikan Thai mungkin kedengaran sukar, tetapi Ayam Brand menjadikannya lebih mudah. Kisar semua ramuan seperti Ayam Brand Tuna di dalam air dan santan sehingga pekat, masukkan daun bawang dan ketumbar, kemudian buat bentuk bujur dan masukkan ke dalam peti ais. Selepas siap, layurkan dengan minyak masak kelapa Ayam Brand.

Udang Masak Kunyit

Masakan yang menjadi kegemaran banyak keluarga. Versi Ayam Brand dihasilkan dengan menggorengnya bersama rempah-ratus, pada masa yang sama mengekalkan rasanya yang sedap berkrim. Hanya memerlukan masa 15 minit untuk disediakan, hidangkan bersama nasi atau roti pita.

Roti jala sardin

Roti jala sardin

Roti Jala dengan Sardin akan memberikan rasa sedap sebagai sebahagian daripada hidangan hari raya anda. Manakala Coconut Cornflake Cookie dan kuih talam pula pasti memuaskan hati mereka yang gemarkan makanan manis.

Roti kukus santan

Roti kukus santan

Bagi puding roti dan keju tradisional apa kata ubah resipi itu dengan Ayam Brand Coconut Milk dan kurma? Boleh disediakan dan dibakar dalam masa 25 minit, ia sangat enak apabila dihidangkan bersama ais krim atau sos coklat.

Sila layari http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mendapatkan lebih banyak resipi Ramadan dan hari raya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge