Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Rangka Kerja Keusahawanan Nasional dilancar Julai
  • ACTIVITY

Rangka Kerja Keusahawanan Nasional dilancar Julai

Helmi Aziz April 8, 2019 2 minutes read
260660.jpg

RANGKA Kerja Keusahawanan Nasional (NEF) yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan pada akhir 2018, dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Julai, kata SME Corporation Malaysia (SME Corp).

SME Corp dalam satu kenyataan berkata rangka kerja itu akan menggariskan 21 objektif strategik di bawah empat teras strategik untuk menggalakkan pembangunan keusahawanan.

“Ia akan menjadi asas dalam merangka Dasar Keusahawanan Nasional (NEP) dengan matlamat utama untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang menyeluruh, inklusif dan holistik,” katanya.

SME Corp berkata Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (NESDC), yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan, hari ini mengumumkan lapan langkah untuk meningkatkan lagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) PKS bagi mencapai sasaran 41 peratus sumbangan KDNK kepada negara menjelang 2020.

Perakuan mengenai langkah itu telah diadakan pada mesyuarat pertama majlis yang dipengerusikan oleh perdana menteri.

Anggota majlis tersebut membincangkan beberapa langkah termasuk mempergiatkan pendigitalan dalam kalangan PKS, meningkatkan integrasi PKS dalam rantaian bekalan dan menyokong lebih banyak PKS yang mencatatkan pertumbuhan tinggi dengan insentif yang relevan.

Sementara itu, berlatarbelakangkan persekitaran ekonomi global dan domestik yang mencabar, kos tinggi untuk menjalankan perniagaan dan peningkatan prestasi eksport firma besar berbanding PKS, sasaran makro bagi kedua-dua KDNK PKS dan sumbangan eksport PKS sangat optimistik dan mencabar.

Oleh itu kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan sasaran makro tambahan untuk tahun 2020 dan tahun-tahun seterusnya – sasaran pertumbuhan tahunan KDNK PKS antara 6.0 dan 8.0 peratus setahun dan sasaran pertumbuhan tahunan eksport PKS antara 5.5 dan 7.5 peratus setiap tahun.

“Berdasarkan pertumbuhan KDNK keseluruhan sebanyak 4.7 peratus pada 2018 dan anggaran pertumbuhan KDNK keseluruhan rasmi antara 4.3 dan 4.8 peratus pada 2019 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini, pertumbuhan KDNK PKS dianggarkan kekal 5.8 peratus pada 2018 dan 2019, tanpa campur tangan dan rangsangan yang disediakan kerajaan sebagai tambahan kepada peruntukan pembangunan PKS sedia ada,” katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM13.02 bilion untuk melaksanakan 162 program pembangunan PKS melalui 17 kementerian dan lebih daripada 60 agensi kerajaan di bawah Pelan Tindakan Bersepadu PKS.-Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pameran istimewa Bata sempena ulang tahun ke-125
Next: Dulu 175kg, kini 58kg

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.