Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Rancang aliran wang, elak diri bankrap
  • ACTIVITY

Rancang aliran wang, elak diri bankrap

Helmi Aziz June 16, 2019 4 minutes read
355534.jpg

BANKRAP merupakan perkataan yang cukup digeruni. Tetapi ramai yang sedang menuju ke arah bankrap, sama ada mereka sedar atau pun tidak. Tapi sebelum bermula, apakah ramai yang tahu definisi bankrap?

Justeru, untuk mengetahui definisi itu, kita perlu rujuk kepada Jabatan Insolvensi Malaysia, kerana ia adalah sebuah agensi kerajaan yang diberi peranan untuk mentadbir hal ehwal kes-kes kebankrapan serta hal ehwal seseorang bankrap.

Pentafsiran yang diperoleh daripada agensi itu menyatakan bahawa kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai muflis lanjutan daripada suatu perintah penghukuman yang dibuat oleh mahkamah tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaannya untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM50,000.

Statistik menakutkan

Untuk makluman, sejumlah 300,958 orang telah diisytiharkan bankrap ketika ini. Golongan berusia antara 35 hingga 44 tahun paling ramai terbabit dalam kebankrapan iaitu 34.4 peratus, kedua golongan berusia 45 hingga 54 tahun iaitu membabitkan 26.37 peratus, dan ketiga adalah golongan berusia 25 hingga 34 iaitu sebanyak 24 peratus.

Ini menunjukkan bahawa orang muda atau tua tidak lari daripada mengalami masalah kewangan, sehingga menyebabkan mereka jatuh bankrap.

Oleh itu, jauhkan perkara berikut jika tidak mahu menjadi sebahagian daripada statistik mereka yang bankrap iaitu seboleh-bolehnya belilah kereta mengikut kemampuan, elakkan daripada mengambil pinjaman peribadi dan potong kad kredit.

1. Beli kereta sekadar mampu

Punca utama rakyat Malaysia bankrap, adalah kegagalan membayar balik pinjaman kereta. Menurut pihak bank, mereka yang layak membeli kereta adalah mereka yang mampu membayar bulanan sebanyak 1/3 daripada gaji.

Itu bermakna, jika bergaji RM3,000 sebulan, maka kadar mampu beli kereta adalah ansuran RM1,000 sebulan.

Maka ramailah anak muda yang memakai kereta import untuk menunjuk yang gaji mereka layak untuk memiliki kereta tersebut. Tetapi realitinya? Kos pemilikan kereta bukan sekadar ansuran bulanan semata-mata, sebaliknya perlu membayar insurans atau takaful setiap tahun, cukai jalan setiap tahun, isi minyak setiap minggu, hantar ke pusat servis setiap beberapa bulan, kos tidak terjangka seperti tukar tayar dan tukar bateri, tol dan parkir.

Justeru, setelah melihat perkiraan sebegini adakah masih ramai yang berasa dirinya mampu membayar 1/3 daripada gaji bulanan untuk bayar ansuran kereta? Silap-silap, 2/3 daripada gaji bulanan habis digunakan untuk bayar kereta sahaja.

Maka itu, belilah kereta ikut kemampuan. Ramai pakar kewangan menyarankan membeli kereta yang berharga 12 kali gaji bulanan yang diterima. Maknanya, jika gaji RM3,000 sebulan, maka belilah kereta yang berharga bawah RM36,000 dalam masa sama juga bersedia dengan kos-kos lain yang berkaitan.

Jangan lupa pula bahawa kereta akan menyusut nilainya setiap tahun.

2. Elak pinjaman peribadi

Seterusnya, elakkan daripada mengambil pinjaman peribadi. Kerana, punca kedua tertinggi rakyat Malaysia bankrap adalah disebabkan oleh pinjaman peribadi.

Siapa yang tidak teruja apabila ada institusi kewangan yang boleh meluluskan pinjaman sehingga 10 kali ganda gaji dalam masa hanya 24 jam. Memang rambang mata mahu membeli itu dan ini.

Amalan itu semua berpunca daripada budaya yang gagal untuk menyimpan. Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM), 75 peratus daripada masyarakat Malaysia tidak mempunyai simpanan walaupun sekadar RM1,000. Bila tiada simpanan, maka lebih cenderung untuk berhutang.

Lebih teruk, ramai tidak sedar bahawa kadar faedah bagi pinjaman peribadi adalah di antara yang tertinggi. Oleh itu, rancang perbelanjaan lebih awal.

Mulakan dengan menyimpan 10 peratus daripada gaji bulanan, dalam masa kurang setahun pasti sudah ada beberapa ribu ringgit. Boleh juga guna digunakan untuk pergi melancong dan membeli apa yang diidamkan selama ini.

3. Hentikan kad kredit

Sebanyak 47 peratus belia Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi manakala 38 peratus dikenal pasti membuat pinjaman peribadi, kata Timbalan Gabenor BNM, Nazrul Hisyam Mohd Noh.

Sudahlah simpanan tiada, kuat pula berbelanja, memang nahas akan tiba!

Umum tahu bahawa kadar faedah kad kredit adalah yang tertinggi, dan had kredit yang ditawarkan pula mencecah sehingga lima kali ganda gaji bulanan.

Maka tidak hairanlah, dengan adanya tawaran kemudahan tersebut, ramai yang terjebak berbelanja di luar kemampuan.

Oleh demikian, bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan hutang kad kredit yang menimbun, maka bertukarlah kepada kad debit.

Sekurang-kurangnya boleh tahu berapa duit yang dimiliki untuk berbelanja.

Dalam masa sama, psikologi juga memainkan peranan, iaitu bila sedar duit dalam akaun sedikit, maka berbelanja pun sedikit.

Ukur baju di badan sendiri

Ukur baju di badan sendiri adalah kata kunci yang amat sesuai bagi membincangkan isu ini kerana untuk menjalani kehidupan mestilah mengikut kemampuan.

Usah mahu membanding-bandingkan kehidupan dengan orang lain, kerana setiap orang kemampuan kewangan adalah berbeza.

Maka perlu diingatkan, rancang kewangan dan corak perbelanjaan agar terhindar tergolong di dalam kumpulan mereka yang bankrap.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tip kekal sihat, cergas di pejabat
Next: Najjah pecah tembok diskriminasi saiz

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.