Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Pusat sehenti MIDA bagi pengembara perniagaan ditutup mulai 1 April
  • ACTIVITY

Pusat sehenti MIDA bagi pengembara perniagaan ditutup mulai 1 April

Helmi Aziz March 31, 2022 2 minutes read
1646213.jpg

KUALA LUMPUR – Pusat sehenti (OSC) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang ditubuhkan pada 2 Oktober 2020 untuk memudahkan pergerakan pengembara perniagaan akan ditutup secara berperingkat berkuat kuasa 1 April 2022.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini bahawa Malaysia, dalam peralihannya ke fasa endemik Covid-19, akan membuka semula sempadan negara bagi pengembara antarabangsa termasuk pengembara perniagaan berkuat kuasa 1 April.

MIDA dalam satu kenyataan hari ini berkata ini merupakan langkah kehadapan yang positif memandangkan pengembara yang lengkap vaksin boleh memasuki Malaysia tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa Malaysia dan tidak perlu kuarantin wajib semasa ketibaan.

Berikutan penutupan platform OSC bagi pengembara perniagaan jangka pendek yang memasuki Malaysia, pelabur tidak lagi perlu memohon kebenaran masuk dan pengecualian mandatori kuarantin ke platform OSC menerusi portal Safe Travel.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman berkata inisiatif yang diambil sebelum ini merupakan maklum balas pantas kerajaan semasa tempoh mencabar di seluruh dunia bagi memastikan daya saing dan ketersediaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan tidak terjejas dan negara terus terbuka untuk menerima perniagaan meskipun ketika berdepan darurat kesihatan.

“Sepanjang operasinya, OSC dan Pusat Pengembara Perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah membantu sejumlah 3,223 syarikat yang diluluskan untuk pengembara perniagaan jangka pendek, dengan anggaran nilai pelaburan sebanyak RM171.82 bilion,” katanya.

Menurut kenyataan itu, MIDA komited untuk bertindak responsif dalam melaksanakan inisiatif promosi pelaburan yang inovatif dan agresif sejajar dengan aspirasi pelaburan Malaysia ketika peralihan negara ke fasa endemik. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia kekal di landasan pemulihan ekonomi
Next: Cuckoo catat untung RM185.5 juta, lonjakan 44 peratus berbanding 2020

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.