Pulau Pinang penyumbang utama FDI pembuatan negara

Pulau Pinang penyumbang utama FDI pembuatan negara

PULAU Pinang telah mengukuhkan kedudukannya sebagai penyumbang utama kepada pelaburan langsung asing (FDI) pembuatan negara dengan menguasai 42 peratus bagi tempoh suku ketiga (Januari hingga September) tahun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, dalam tempoh itu, Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan iaitu RM44.9 bilion merentasi pelbagai sektor merangkumi sektor utama, pembuatan dan perkhidmatan.

Menurutnya, aliran masuk FDI pembuatan yang diluluskan berjumlah RM35.8 bilion, menandakan peningkatan 634 peratus dari tahun ke tahun.

“Sumbangan utama datang dari negara seperti Belanda, Amerika Syarikat dan Singapura yang menyumbang 95 peratus datang daripada pelaburan pembuatan Pulau Pinang yang diluluskan.

Sumber