Pulau Pinang, Johor, Selangor kekal negeri pengeksport utama

Pulau Pinang, Johor, Selangor kekal negeri pengeksport utama

Pulau Pinang antara lima negeri kekal sebagai pengeksport utama pada Julai 2022.

Pulau Pinang antara lima negeri kekal sebagai pengeksport utama pada Julai 2022.

PULAU Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur kekal sebagai lima negeri pengeksport utama pada Julai 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pulau Pinang menyumbang 27.9 peratus kepada eksport negara, Johor (23.2 peratus), Selangor (18 peratus), Sarawak (8.7 peratus) dan Kuala Lumpur (5.7 peratus).

Kebanyakan negeri mencatatkan eksport lebih tinggi, didahului Johor yang merekodkan RM9.3 bilion peningkatan kepada RM31.1 bilion pada Julai 2022.

Ini diikuti Selangor dengan kenaikan RM9.1 bilion, Pulau Pinang (RM7.6 bilion), Kuala Lumpur (RM4.8 bilion, Sarawak (RM4.2 bilion), Kedah (RM1 bilion), Negeri Sembilan (RM772.5 juta), Labuan (RM693 juta), Sabah (RM599.5 juta) dan Perlis (RM42.7 juta).

Bagaimanapun Perak, mencatatkan penurunan eksport kepada RM568.6 juta, Pahang (RM408.2 juta), Terengganu (RM337.8 juta), Melaka (RM278.6 juta) dan Kelantan (RM115.8 juta).

Import dari Selangor meningkat RM8.5 bilion, Kuala Lumpur dan Johor masing-masing menokok RM7.1 bilion, Pulau Pinang (RM6.1 bilion), Negeri Sembilan dan Sarawak (RM1.6 bilion), Kedah (RM1.5 bilion), Pahang (RM1.1 bilion), Sabah (RM224.8 juta), Terengganu (RM135.7 juta) dan Perlis (RM49.9 juta).

Perak menyaksikan penurunan import sebanyak RM632.7 juta, Kelantan (RM247.9 juta), Melaka (RM17.9 juta) dan Labuan (12.3 juta). – Bernama

Sumber