Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Proton lancar Exora 2019 dengan harga lebih rendah
  • ACTIVITY

Proton lancar Exora 2019 dengan harga lebih rendah

Helmi Aziz May 28, 2019 2 minutes read
332762.jpg

PEMBUAT kereta tempatan, Proton melancarkan model berwajah baharu bagi kenderaan pelbagai guna (MPV), Exora dengan harga yang lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong berkata, harga bagi Exora 1.6T Premium tidak termasuk insurans dan cukai jalan ialah RM66,800, manakala Executive 1.6T CVT ialah RM59,800.

“Ini mewakili pengurangan sebanyak RM2,547,” katanya semasa pelancaran model itu di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua model tersebut didatangkan bersama pakej selama lima tahun dengan percuma upah pekerja atau pakej data Internet percuma satu gigabait (GB) sebulan selama lima tahun.

Selain itu, Proton turut menawarkan kadar faedah pinjaman rendah sebanyak 2.76 peratus setahun beserta percuma pakej perlindungan insurans yang merangkumi pelbagai aspek kepada pembeli.

Li berkata, antara pembaharuan bagi model Exora 2019 ialah sistem maklumat hibur yang sama dengan model Proton X70, Persona 2019 Persona dan Iriz 2019.

Beliau berkata unit stereo pintar (IHU) pula dilengkapi kad eSIM yang terbina di dalamnya bagi penstriman muzik, navigasi dan pengecaman suara.

Sistem maklumat hibur itu juga dilengkapi ciri-ciri seperti monitor tujuh inci yang mempunyai fungsi pencerminan serta peranti android.

Menurut Li, bagi memastikan perisian itu kekal terkini, kemas kini ‘Over the Air’ (OTA) akan ditawarkan secara berkala sekiranya terdapat aplikasi-aplikasi baharu diperkenalkan.

Beliau berkata, bahagian luar Exora 2019 turut ditambah baik untuk menjadikannya lebih menarik seperti antena sirip ikan yang dipadankan panel bumbung luar hitam supaya kelihatan lebih sporti.

Di ruangan dalaman, rekaan dalaman upholsteri baharu itu dilengkapi sentuhan mewah dan meningkatkan keselesaan tempat duduk, manakala kombinasi meter pintar baharu pula memaparkan maklumat penting dengan pantas.

Cermin pandang belakang tanpa bingkai memberikan pandangan lebih luas untuk melihat pengguna jalan raya yang lain, selain keluasan ruang dalaman kekal sebagai titik jualan utama kerana hanya model ini menawarkan ruang untuk tujuh pengguna dewasa.

Li berkata, Proton juga menawarkan pakej nilai tambahan istimewa kepada pelanggan yang membeli MPV ini pada tahun ini.

“Pelanggan-pelanggan yang membeli Exora 2019 pada tahun ini akan menerima pakej servis pekerja percuma selama lima tahun atau 11 kali. Seribu pembeli yang pertama akan menerima cukai jalan secara percuma selama dua tahun (pembeli persendirian) dan percuma cukai jalan selama setahun bagi pelanggan korporat,” katanya.

Beliau berkata dengan pengurangan harga dan nilai ciri-ciri baharu yang diperkenalkan bagi setiap varian, Exora 2019 1.6T Executive memberikan nilai tambahan sebanyak RM4,233 berbanding versi terdahulu, manakala penjimatan tambahan bernilai RM5,652 bagi 1.6T Premium. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Dataran Segar CITY
Next: Cara putihkan kuku tanpa mengeluarkan modal yang besar

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.