Proton catat 624 tempahan baharu menerusi acara tukar beli

Proton mencatatkan 624 tempahan baharu menerusi acara tukar beli Trade-in Trade-Up Saturday dengan kerjasama Carsome. - Foto fail Bernama

Proton mencatatkan 624 tempahan baharu menerusi acara tukar beli Trade-in Trade-Up Saturday dengan kerjasama Carsome. – Foto fail Bernama

PENGELUAR kereta nasional, Proton Holdings Bhd mencatatkan 624 tempahan baharu menerusi acara tukar beli Trade-in Trade-Up Saturday dengan kerjasama syarikat pembidaan dalam talian (EBC) Carsome, baru-baru ini.

Kerjasama pertama kali antara pengeluar peralatan asal (OEM) dan EBC yang melibatkan 32 cawangan Proton itu menarik perhatian seramai 1,552 pengunjung, dengan 320 pelanggan memilih untuk menukar kenderaan semasa mereka, kata Proton dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi jangkaan awal sebanyak 320 unit yang ditetapkan sebelum acara itu,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata:

Sumber