Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Produk Peladang dibawa ke Ekspo Dubai
  • ACTIVITY

Produk Peladang dibawa ke Ekspo Dubai

Helmi Aziz January 20, 2022 2 minutes read
1418151.jpeg

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengembangkan lagi jaringan eksport pertanian negara ke Ekspo 2020 Dubai dengan memperkenalkan produk Industri Asas Tani di bawah jenama Peladang dengan kualiti bertaraf antarabangsa.

Pengerusi LPP, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sebanyak 73 unit simpanan stok (SKU) produk berasaskan industri Peladang dibawa ke ekspo tersebut bersempena minggu ‘Sustainable Agriculture Week 21’ yang akan berlangsung pada 20 hingga 26 Februari ini.

Menurutnya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan terlibat secara langsung dalam Ekspo 2020 Dubai pada minggu ke-21 bagi mempromosi dan memperkenalkan kekayaan sumber pertanian negara dan produk olahan pertanian dengan potensi pasaran yang besar.

“Produk jenama Peladang ini sangat berpotensi untuk masuk ke pasaran antarabangsa. Jadi kita telah pun mengadakan perbincangan dengan pihak di Dubai, di mana kita akan berbincang dengan Lulu Hypermarket yang merupakan pasar terbesar di sana.

“Kalau kita dapat masuk ke pasaran sana, ia dapat membuka satu ruang pasaran yang luas kepada produk Malaysia khususnya projek peladang yang akan dikembangkan dari semasa ke semasa sekali gus dapat menjana pendapatan.

“Selain itu, produk-produk keluaran usahawan peladang lain di bawah LPP yang berpotensi untuk dieksport turut diberi peluang untuk bersama- sama memperkenalkan produk mereka di sana,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Produk Peladang ke Ekspo 2020 Dubai, di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim, melalui ekspo itu, LPP bersama Nafas akan turut menjalankan beberapa usaha sama rakan antarabangsa termasuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU).

“Salah satunya kita akan adakan persefahaman dengan Lulu Hypermarket sebagai platform untuk memasarkan lebih luas potensi pasaran kepada produk Peladang,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai jangkaan pihak Nafas dalam industri eksport ayam, Pengurus Kanan Kumpulan Perniagaan Nafas, Baharozaman Mohid berkata, mereka bercadang untuk menjalinkan usaha sama dengan penggiat industri di Timur Tengah sesuai dengan permintaan yang diperlukan di sana.

“Pastinya di sebelah Timur Tengah mungkin cita rasanya agak berbeza dengan kita di sini. Jadi kita telah melakukan beberapa siri perbincangan dengan rakan niaga di sana untuk disesuaikan dengan permintaan dan kita sasarkan untuk menembusi pasaran di sana pada tahun akan datang,” kata beliau.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: 90 koperasi mohon pelaburan bernilai RM1.434 bilion tahun lepas
Next: PTPTN tawar hadiah lumayan hampir RM100,000

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”
  • Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries
  • World-Class Sound Hits Johor: Audience Lab Soundtech Secures Strategic Deal with France’s NEXO
  • Visa Perkenal Agentic Ready di Malaysia Bersama Bank Tempatan bagi Memperkasa Pembayaran Berasaskan AI

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.