Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Produk minyak sawit lestari keluaran Malaysia mula dijual di Dubai
  • ACTIVITY

Produk minyak sawit lestari keluaran Malaysia mula dijual di Dubai

Helmi Aziz February 9, 2022 3 minutes read
1443970.jpg

DUBAI – Produk berasaskan minyak sawit Malaysia akan mula dijual di Lulu Hypermarkets, Dubai selama tiga bulan bermula Rabu susulan kerjasama yang dimeterai di antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dengan Lulu International Group.

MPOC dan konglomerat multinasional India yang mengoperasikan 224 kedai runcit di 22 negara itu, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) semasa pembukaan Minggu Pertanian Lestari di Pavilion Malaysia pada Ekspo 2020 Dubai.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama berkenaan, MPOC telah memperkenalkan kempen pengguna global yang dikenali sebagai Kempen Minyak Sawit Malaysia Penuh dengan Kebaikan, yang dilancarkan di Lulu Hypermarket di Silicon Oasis pada Rabu.

“Kempen promosi itu adalah lanjutan daripada aktiviti kami untuk mempromosikan dan menyuntik kesedaran mengenai kelestarian minyak kelapa sawit Malaysia di Expo 2020 Dubai.

“Kami gembira untuk bekerjasama dengan Lulu International Group, yang merupakan rantaian runcit utama di Asia dan Timur Tengah bagi mempromosikan minyak kelapa sawit Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Wan Aishah Wan Hamid.

Kempen tersebut akan mempromosikan produk minyak sawit oleh pengeluar Malaysia, yang mana Lulu Hypermarket akan terus mengambil produk berkaitan daripada pengeluar Malaysia yang mengambil bahagian untuk dipromosikan di cawangan Lulu terpilih.

Katanya lagi, MPOC bersama-sama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) sedang menerajui program perdagangan dan perniagaan Malaysia selama seminggu melalui minggu berkenaan mulai 7-12 Februari, yang mana program ini bertujuan menyoroti komoditi Malaysia seperti minyak sawit, lada dan koko.

“MPOC sedang mempamerkan inisiatif dan pengurusan kelestarian industri minyak sawit Malaysia. Kedua-dua aspek ini adalah penting dalam memastikan minyak kelapa sawit kekal sebagai sangga utama ekonomi negara termasuk sumber makanan yang diterima secara global.

“Inisiatif ini merangkumi skim pensijilan mandatori, garis panduan pengawalseliaan, amalan pertanian yang baik serta pembangunan teknologi termaju oleh sektor huluan, pertengahan dan hiliran industri.

“Konsep ‘Komoditi Tani Lestari’ selanjutnya akan menyediakan platform yang kukuh bagi Malaysia dalam memperluaskan pasaran global untuk eksport minyak sawit. Sektor ini telah menyumbang dengan ketara dalam menyediakan pendapatan berterusan menerusi eksport komoditi mentah dan produk tambah nilai,” katanya.

Pada 2021, eksport minyak sawit memberikan AS$24.6 (RM102.3) bilion kepada Malaysia.

Eksport minyak sawit Malaysia pada 2021 dicatatkan pada 15.56 juta tan, manakala pengeluaran sebanyak 18.14 juta tan.

Ini juga menyumbang 24 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan 31 peratus daripada eksport.

Minyak sawit dan produk minyak sawit yang dieksport ke Timur Tengah berjumlah 2.4 juta tan atau bernilai AS$1.7 bilion (AS$1 = RM4.19).

Emiriyah Arab Bersatu mengambil 10 peratus daripada jumlah produk minyak sawit dan kelapa sawit yang dieksport ke rantau tersebut, bernilai AS$192 juta.

Eksport minyak kelapa sawit dan produk minyak sawit ke Timur Tengah pada tahun lepas dianggarkan kira-kira AS$2.5 bilion. Ia banyak digunakan dalam sektor penggorengan perindustrian, marjerin dan pembuatan Vanaspati termasuk ramuan untuk produk kedai roti serta konfeksi.

Penyertaan keseluruhan Malaysia dalam Expo 2020 Dubai telah diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia sebagai agensi pelaksana.- Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Perdagangan borong, runcit cecah RM1.3 trilion pada 2021
Next: Golongan B40, M40 disaran ceburi perniagaan francais

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.