Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Power Root lancar minuman Per’l Yuzu
  • ACTIVITY

Power Root lancar minuman Per’l Yuzu

Helmi Aziz February 17, 2022 2 minutes read
1501076.jpg

SYARIKAT pengeluar minuman bertenaga, Power Root Berhad melancarkan minuman keluaran terbaharunya iaitu Per’l Yuzu yang menggabungkan elemen pemakanan terbaik dari Korea iaitu buah Yuzu dan herba tradisional Melayu, kacip fatimah.

Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj berkata, keluaran terbaharu itu menjanjikan kelebihan tersendiri berbanding keluaran minuman berasaskan kacip fatimah sebelum ini, apabila menggandingkan khasiat raja segala buah di Korea dan ratu segala herba Melayu.

Menurutnya, ia sekaligus menyaksikan perkembangan jenama Per’l yang terkenal dengan minuman berunsurkan kacip fatimah di pasaran.

“Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengetahui kehebatan kacip Fatimah dan kolagen dalam mengekalkan kecantikan dan kesihatan wanita tetapi ramai yang masih belum mengenali rahsia kebaikan buah Yuzu.

“Jika kacip Fatimah ialah ratu segala herba tradisional di Malaysia, buah Yuzu boleh dianggap sebagai raja segala buah di Korea.

“Sebenarnya, buah Yuzu mempunyai khasiat vitamin C yang tiga kali ganda lebih daripada buah lemon dan 10 kali ganda lebih banyak kalsium daripada buah epal.

“Walaupun buah Yuzu juga ditanam di negara China dan Jepun, buah Yuzu yang paling berkualiti datang dari Korea,”katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Per’l Yuzu di sini pada Khamis.

Sempena pelancaran Per’l Yuzu, syarikat Power Root telah melantik penyanyi dan pelakon terkenal Jang Han Byul sebagai duta jenama Per’I Yuzu bagi mempromosikan minuman terbaharu tersebut.

Mengulas lanjut, Setia Putra Alhaj yakin Per’l Yuzu yang kini sudah berada di pasaran dapat menarik perhatian segenap lapisan masyarakat kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira lelaki mahupun wanita.

“Khasiat daripada minuman Per’l Yuzu ini bukan hanya memberikan tenaga, tetapi juga menjadikan wajah lebih berseri,”katanya.

Sementara itu, Han Byul turut mengakui khasiat jus buah Yuzu yang menjadi amalan pemakanannya sejak terlibat dalam industri hiburan 10 tahun lalu.

“Di Korea, jus buah Yuzu adalah minuman yang premium dan jarang didapati di kedai-kedai biasa tetapi dijual di kafe-kafe. Harganya juga agak mahal.

“Saya amat kagum kerana rasa minuman Per’l Yuzu begitu segar. Sama seperti buah Yuzu yang baru diperah. Saya bangga kerana dilantik menjadi duta minuman yang bagus seperti ini,”katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Produktiviti buruh negara catat pertumbuhan positif suku keempat 2021
Next: Bank Rakyat diiktiraf koperasi premier Malaysia 2021

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.