Pernas buka cawangan Gloria Jeans Coffees yang ke-47

Pernas buka cawangan Gloria Jeans Coffees yang ke-47

Hazimah (tengah) bersama Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pernas, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek,Haris Imran Roslan (kiri sekali) dan Zakwan Azizam (tiga dari kiri), francaisi Gloria Jean’s Coffees serta tetamu kehormat yang lain.

PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (WLSB) yang merupakan pemegang francais induk jenama Gloria Jean’s Coffees membuka cawangan yang ke-47 di Conezion IOI Resort City Putrajaya pada Isnin.

Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, bakal usahawan perlu merebut peluang untuk menceburi industri kopi premium seperti Gloria Jean’s Coffees.

Menurutnya, Gloria Jean’s Coffees menawarkan peluang kerjaya untuk menjadi francaisi di mana jenama itu merupakan satu-satunya jenama ‘gourmet coffee’ antarabangsa yang menawarkan sistem francais di Malaysia sekali gus mampu menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini seterusnya bergelar coffeepreneur.

“Pernas menyediakan khidmat nasihat, pembiayaan dan program latihan bagi membantu bakal usahawan yang berminat untuk meneroka bidang perniagaan Gloria Jean’s Coffees.

“Selain itu Pernas turut menyediakan skim pinjaman pembiayaan sehingga 70 peratus kepada bakal usahawan baharu,” katanya ketika berucap semasa merasmikan cawangan terbabit.

Hazimah mencuba sendiri pembuatan kopi di Gloria Jean’s Coffees.

Hazimah mencuba sendiri pembuatan kopi di Gloria Jean’s Coffees.

Hazimah berkata, setakat ini, Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 45 orang usahawan kopi Gloria Jean’s Coffees dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM13 juta.

“Gloria Jean’s Coffees menawarkan tiga konsep francais kepada mereka yang berminat untuk menceburi perniagaan ini iaitu konsep lot kedai, kios dan coffee cart,” ujarnya.

Beliau berkata, Pernas menyasarkan pembukaan 80 cawangan baharu Gloria Jean’s Coffees dalam tempoh lima tahun.

Sumber