Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Pengukuhan ringgit, harga komoditi rancakkan Bursa Malaysia
  • ACTIVITY

Pengukuhan ringgit, harga komoditi rancakkan Bursa Malaysia

Helmi Aziz February 16, 2019 3 minutes read
188774.jpg

BURSA Malaysia dijangka rancak minggu depan dipacu pengukuhan ringgit dan harga komoditi serta peningkatan rizab forex dan peningkatan pertumbuhan ekonomi negara pada suku keempat.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, aliran meningkat dijangkakan dalam pasaran saham tempatan di sebalik ketidakpastian hasil rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

“Di sebalik kebimbangan geopolitik global, pasaran tempatan meneruskan pergerakan aliran meningkat bagi tempoh hampir dua bulan untuk mencecah paras sokongan kritikal melebihi 1,700 mata.

“Faktor lain yang menyumbang kepada pergerakan pasaran minggu depan adalah pengeluaran data ekonomi oleh Singapura, China, Jepun dan Taiwan,” katanya.

Menurutnya, pasaran juga akan dipengaruhi oleh hasil perbincangan perdagangan AS-China.

“Perbincangan antara Naib Perdana Menteri China Liu He dan wakil perdagangan AS Robert Lighthizer yang menjadi punca pelabur mengambil sikap enggan mengambil risiko,” katanya.

Sementara itu, Nazri Khan berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga menjadi antara pemangkin penting berikutan mencatatkan peningkatan di luar jangkaan.

“KDNK Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus pada suku terakhir 2018 berbanding 4.4 peratus pada suku sebelumnya, naik sedikit daripada jangkaan dalam negara dan pasaran masing-masing pada 4.5 peratus dan 4.6 peratus.

“Ia didorong sektor perlombongan dan kuari yang kembali cergas, ditambah pertumbuhan lebih tinggi sektor perkhidmatan dan pembuatan walaupun pada tahap perlahan,” katanya.

Menurutnya, dari segi teknikal, kenaikan selanjutnya melebihi 1,700 mata di FBM KLCI akan menandakan sentimen pasaran yang positif.

“Dengan semua itu, kami menjangkakan petunjuk pasaran FBM KLCI akan meningkat dan memasuki pergerakan jangka pendek yang kukuh.

“Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran saham tempatan kurang memberangsangkan dengan kebanyakan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat didorong sentimen berhati-hati terhadap perbincangan perdagangan AS-China bermula Khamis,” katanya.

Nazri Khan berkata, pada asas Jumaat ke Jumaat, penanda aras FBM KLCI naik 2.31 mata kepada 1,688.83 manakala indeks FBM Emas meningkat 24.75 mata kepada 11,750.27.

“Indeks FBMT 100 naik 11.36 mata kepada 11,612.9 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 70.57 mata kepada 11,663.6. FBM 70 jatuh 4.71 mata kepada 14,028.19 manakala Indeks FBM Ace naik 91.37 mata kepada 4,646.59.

“Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 9.55 mata kepada 17,632.56 manakala Indeks Perladangan naik 35.83 mata kepada 7,335.43 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.16 mata kepada 163.13,” katanya.

Menurutnya, jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 14.85 bilion unit bernilai RM9.78 bilion berbanding 4.94 bilion unit bernilai RM3.8 bilion.

“Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 11.05 bilion saham bernilai RM8.99 bilion berbanding 3.77 bilion saham bernilai RM3.57 bilion. Jumlah dagangan waran meningkat kepada 2.27 bilion unit bernilai RM480.02 juta daripada 690.66 juta unit bernilai RM149.03 juta.

“Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 1.52 bilion saham bernilai RM305.71 juta berbanding 483.1 juta saham bernilai RM83.25 juta,” katanya. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan
Next: KWSP umum dividen, 5.9 peratus untuk Simpanan Syariah

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.