Pengeluaran minyak mentah, kondensat naik kepada 45 juta tong

Pengeluaran minyak mentah, kondensat naik kepada 45 juta tong

Gambar hiasan - Foto Bernama

Gambar hiasan – Foto Bernama

PENGELUARAN minyak mentah dan kondensat mencatat 45.9 juta tong pada suku ketiga 2023, meningkat 0.3 peratus berbanding setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan itu disumbangkan terutamanya oleh kondensat yang mencatat pertumbuhan 16.2 peratus berbanding 11.3 peratus pada suku sebelumnya.

“Dari segi komposisi, minyak mentah menjadi penyumbang tertinggi sebanyak 72.1 peratus atau 33.1 juta tong manakala kondensat merangkumi 27.9 peratus atau 12.8 juta tong,” katanya dalam kenyataan Statistik Perlombongan Petroleum Dan Gas Asli Bagi Suku Ketiga 2023 yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, pengeluaran gas asli susut 2.1 peratus kepada 677.8 bilion kaki padu pada suku berkenaan manakala pengeluaran minyak mentah dan kondensat berkembang 0.9 peratus berbanding suku sebelumnya dan pengeluaran gas asli pulih kepada 0.2 peratus daripada negatif 7.7 peratus yang direkodkan pada suku sebelumnya.

Sumber