Pendapatan Apple menyusut, jualan iPhone di China menurun

Pendapatan Apple menyusut, jualan iPhone di China menurun

PENURUNAN jualan iPhone di China didakwa menjadi punca Apple berdepan penyusutan pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc, Tim Cook bercakap pada Selasa bahawa keadaan itu merupakan kali pertama berlaku terhadap syarikat teknologi gergasi berkenaan dalam tempoh tujuh tahun.

Bagaimanapun, beliau menggambarkan perubahan itu sebagai berjaya mempelbagaikan produk hasil tunggal dan ramalan di atas sasaran Wall Street.

Tim Cook memberitahu Reuters bahawa peningkatan besar yang ketara di China lebih telah mendorong keputusan suku ketiga fiskal syarikat dan ia mengatasi jangkaan.

“Walaupun dalam keadaan ketegangan perdagangan, saham syarikat meningkat kepada 4.25 peratus selepas jam,” katanya.

Jelasnya, Apple masih terus berkembang biarpun bukan daripada perolehan pendapatan jualan iPhone, segmen lain menunjukkan peningkatan kepada 17 peratus.

“Kami berkembang dalam setiap kategori di luar iPhone,” katanya.

Jualan iPhone menurun kepada 12 peratus kepada AS$25.99 bilion (AS$1= RM4.1200) selepas turun 17 peratus pada suku sebelumnya.

Tim Cook berkata, pada masa akan datang Apple akan memfokuskan pertumbuhan pada muzik, aplikasi, permainan, video dan kad kredit berikutan jualan telefon bimbit secara global perlahan.

“Setakat ini syarikat telah berjaya meningkatkan jumlah pengguna peranti bagi meningkatkan pasaran untuk perkhidmatan dan aksesori,” katanya.

Dalam pada itu, Apple melaporkan keputusan hasil rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China bahawa Presiden AS Donald Trump telah memutuskan tarif import China sebanyak AS$300 bilion dan ia termasuk iPhone.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *