Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Pemaju gesa tangani harga tinggi bahan bangunan
  • ACTIVITY

Pemaju gesa tangani harga tinggi bahan bangunan

Helmi Aziz March 1, 2023 2 minutes read
2106153.png

LANGKAH kerajaan untuk meningkatkan peruntukan kredit perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM5 bilion akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli rumah, menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Presidennya, Datuk NK Tong berkata, langkah tersebut akan memanfaatkan 20,000 peminjam yang tidak berpendapatan tetap.

“Pendekatan yang diambil kerajaan mungkin kelihatan berani dan agresif, namun, pada hakikatnya adalah berhemat berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan global yang lebih perlahan pada 2023,” katanya dalam kenyataan sempena pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Objektif SJKP ialah menawarkan jaminan bagi pihak kerajaan kepada bank-bank yang mengambil bahagian dengan menawarkan pembiayaan perumahan kepada golongan berpendapatan tidak tetap tetapi berkelayakan seperti petani dan peniaga kecil untuk membeli rumah.

Malah, Rehda turut menyokong usaha kerajaan untuk membina 12,400 unit rumah kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 4,250 unit Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), masing-masing dengan peruntukan bernilai RM367 juta dan RM358 juta.

“Bagaimanapun, kami masih bimbang mengenai isu-isu mendesak yang diketengahkan dalam memorandum kami untuk Belanjawan 2023 seperti peningkatan berterusan harga bahan bangunan yang tidak ditangani.

“Kami menegaskan bahawa sekiranya isu ini dibiarkan terlalu lama, ia akan memberikan impak buruk terhadap harga rumah di pasaran terbuka,” kata Tong.

Sementara itu, pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd berkata, langkah kerajaan untuk meneruskan pengecualian duti setem bagi rumah pertama akan membantu pembeli untuk lebih berjimat.

Pengecualian sepenuhnya duti setem diberikan kepada hartanah bernilai RM500,000 ke bawah dan 75 peratus untuk rumah bernilai lebih RM500,001 hingga RM1 juta.

“Sebagai contoh, pengecualian 75 peratus ke atas pembelian hartanah bernilai RM750,000 akan menjimatkan pembeli sehingga RM15,000.

“Ini akan menarik minat pembeli rumah kali pertama yang berpendapatan sederhana hingga tinggi serta mereka yang berhasrat meningkatkan hartanah,” menurut Pengarah Urusan kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Naelofar untuk hijabi moden – Sinar Harian
Next: ‘Kapal terbang’ pesara TLDM – Sinar Harian

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.