Pelabuhan Klang mampu berdaya saing dengan Singapura

Pelabuhan Klang mampu berdaya saing dengan Singapura

Delegasi Sinar Harian bersama staf Northport menyaksikan montaj mengenai sejarah syarikat pelabuhan tersebut

Delegasi Sinar Harian bersama staf Northport menyaksikan montaj mengenai sejarah syarikat pelabuhan tersebut

NORTHPORT (Malaysia) Bhd (Northport) yakin faktor pengeluaran kos dan keluasan tanah bagi Pelabuhan Klang mampu dijadikan sebagai kelebihan dalam berdaya saing dengan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, ia berikutan pelabuhan Singapura tidak mempunyai tanah yang luas berbanding Pelabuhan Klang dan hal itu memberi kesan kepada kos dari aspek pembinaan fasiliti.

“Untuk bersaing dengan Singapura, Pelabuhan Klang perlu main peranan.

Maknanya Westports Holdings Bhd (Westports Holdings) dan Northport ada niche masing-masing, perlu saling melengkapi serta cuba jadikannya sebagai kelebihan banding dengan Singapura.

Sumber