Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Novartis Malaysia diiktiraf antara majikan terbaik dunia
  • ACTIVITY

Novartis Malaysia diiktiraf antara majikan terbaik dunia

Helmi Aziz March 1, 2023 2 minutes read
2110853.jpg

NORVATIS Malaysia, syarikat ubat-ubatan inovatif terkemuka negara, menjadi salah satu majikan terbaik di dunia apabila meraih pengiktirafan Top Employer- Certified Excellence in Employee Conditions selama empat tahun berturut-turut.

Novartis Malaysia merupakan antara 15 syarikat yang menerima pengiktirafan di Malaysia dan di Asia Pasifik.

Anugerah berkenaan mengesahkan komitmen Novartis Malaysia memperjuangkan budaya kerja ‘Inspired, Curious, dan Unbossed’ dalam syarikat yang membolehkan kakitangan melaksanakan kerja pada tahap optimum secara konsisten setiap hari.

Falsafah syarikat adalah untuk memperkasakan hubungan manusia dan telah terbukti bahawa kerjasama merupakan ramuan utama kejayaan berterusan sebagai syarikat multinasional terkemuka negara.

Syarikat berkenaan memiliki lebih 800 kakitangan dan mempunyai tiga bahagian utama yang terdiri daripada Innovative Medicine (Pharma dan Oncology), Sandoz (Biosimiliars) dan Novartis Corporate Center (NOCC KL).

NOCC KL telah mengembangkan operasi kepada 25 pasaran termasuk ibu pejabat Novartis di Basel, Switzerland melalui penyelesaian kerja berdaya digital, data dan bertaraf tinggi.

Presiden Negara, Novartis Malaysia, Mohamed Elwakil berkata, pengiktirafan itu mengesahkan kewujudan syarikat sebagai badan perniagaan ubat-ubatan inovatif terkemuka negara dalam membantu menambah baik kehidupan lebih 32 juta rakyat Malaysia.

Jelas beliau, objektif utama syarikat adalah mempunyai keupayaan untuk menarik, memahirkan dan mengekalkan seseorang yang berbakat.

“Ia merupakan ramuan penting dalam menyokong pelaksanaan strategi kami dan perkembangan produk inovatif bagi membantu rakyat di seluruh negara.

“Pengiktirafan berkenaan secara tidak langsung menjadi isyarat kepada bakat-bakat untuk melihat kami sebagai suatu tempat pekerjaan yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, orang ramai juga boleh mengenal erti kepuasan, di samping mencari peluang mengembangkan keupayaan diri bersama syarikat.

Dalam pada itu, Ketua Organisasi dan Manusia, Novartis Malaysia, Anne Heng berkata, anugerah itu merujuk kepada kegigihan syarikat dalam mewujudkan ekosistem dan budaya serta mengoptimumkan bakat.

Menurutnya, syarikat sentiasa menggalakkan komunikasi dan kerjasama jelas antara lebih 800 kakitangan di Malaysia untuk mewujudkan persekitaran kerja yang optimum untuk semua.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Jangan kedekut infak ilmu – Sinar Harian
Next: Ibadah berbentuk sosial, spiritual perlu seiring

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.