Kakitangan Northport meraikan pencapaian pecah rekod untuk segmen perniagaan kargo konvensionalnya semasa acara sambutan Tahun Baharu 2024 di Dermaga Northport 8A pada 31 Disember lalu. NORTHPORT (Malaysia) Bhd (Northport), ahli Kumpulan MMC Corporation Berhad mencatatkan rekod baharu dalam segmen kargo konvensional apabila mengendalikan 11,405,312 ‘freight weight tonnes’ (FWT) pada 2023 mengatasi pencapaian tahun sebelumnya iaitu 11,115,670 FWT. Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, pihaknya mengumumkan pencapaian pecah rekod itu ketika sambutan Tahun Baru 2024 di Dermaga 8A pada 31 Disember lalu. “Dengan berakhirnya 2023, segmen kargo konvensional menutup tirai tahun ini dengan kejayaan yang cukup membanggakan setelah mengatasi rekod tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 2.6 peratus. “Prestasi pecah rekod ini disumbangkan oleh peningkatan ketara dalam kendalian kargo pukal am yang mencatat pertumbuhan sebanyak 9.5 peratus berbanding tahun sebelumnya berserta peningkatan bagi segmen kargo pukal kering dan pukal. Baca artikel penuh Sumber Post navigation Jumlah dagangan Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh setahun Bank Rakyat sasar pembiayaan mikro RM50 juta tahun ini
NORTHPORT (Malaysia) Bhd (Northport), ahli Kumpulan MMC Corporation Berhad mencatatkan rekod baharu dalam segmen kargo konvensional apabila mengendalikan 11,405,312 ‘freight weight tonnes’ (FWT) pada 2023 mengatasi pencapaian tahun sebelumnya iaitu 11,115,670 FWT. Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, pihaknya mengumumkan pencapaian pecah rekod itu ketika sambutan Tahun Baru 2024 di Dermaga 8A pada 31 Disember lalu. “Dengan berakhirnya 2023, segmen kargo konvensional menutup tirai tahun ini dengan kejayaan yang cukup membanggakan setelah mengatasi rekod tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 2.6 peratus. “Prestasi pecah rekod ini disumbangkan oleh peningkatan ketara dalam kendalian kargo pukal am yang mencatat pertumbuhan sebanyak 9.5 peratus berbanding tahun sebelumnya berserta peningkatan bagi segmen kargo pukal kering dan pukal. Baca artikel penuh