Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Nilai ringgit pulih, dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
  • ACTIVITY

Nilai ringgit pulih, dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini

Helmi Aziz January 20, 2022 2 minutes read
1421565.jpg

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit kembali pulih dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada urus niaga pagi Khamis selepas mata wang AS menyusut di tengah-tengah kemunculan mod risiko dalam pasaran ekuiti, kata seorang penganalisis.

Pada jam jam 9.05 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1855/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1925/1950 pada penutup Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, hasil 10 tahun Perbendaharaan AS bergerak lebih rendah kepada 1.83 peratus malam Rabu, manakala indeks penanda aras ekuiti utama AS pula merosot.

Justeru buat masa ini, pergerakan dolar AS/ringgit dilihat berlegar sedikit di bawah daripada paras rintangan iaitu RM4.1958.

Beliau turut menambah peserta pasaran dijangka memberi perhatian kepada perbincangan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.

“Kebanyakan pakar ekonomi meramalkan tiada perubahan pada masa kini kepada paras kadar dasar semalaman (OPR) 1.75 peratus,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, walaupun ia telah diambil kira, pasaran mahu melihat penilaian jawatankuasa itu mengenai keadaan ekonomi semasa khususnya inflasi dan bagaimana ia boleh menjejaskan dasar monetari pada masa hadapan.

“Oleh itu, adalah dijangkakan mata wang tempatan akan berada dalam julat yang ketat hari ini,” tambahnya.

Pada paras pembukaan, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit disebut harga tinggi sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1075/1096 daripada penutup Rabu 3.1086/1095 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7510/7538 daripada 4.7553/7575 sebelumnya.

Bagaimanapun, nilai mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding pound Britain kepada 5.7019/7053 daripada 5.7018/7036 dan susut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.6622/6647 daripada 3.6600/6625. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Next: Malaysia Digital penting percepat pemulihan negara

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.