Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Nilai ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Nilai ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS

Helmi Aziz March 1, 2022 2 minutes read
1562224.jpg

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS, disokong oleh harga minyak yang lebih tinggi di tengah-tengah kebimbangan terhadap krisis di Eropah Timur, kata penganalisis.

Pada jam 9.00 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1930/1965 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.1970/2015 semalam.

Minyak mentah Brent kekal melebihi AS$100 setong, didagangkan pada masa ini 3.12 peratus lebih tinggi pada AS$100.99 setong.

Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dolar AS terus kekal mata wang yang sangat dicari dengan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.1 peratus kepada 96.716 mata.

“Ruble Rusia merosot pada hari Isnin manakala bank pusat mereka terpaksa menaikkan faedah penanda aras daripada 9.5 peratus kepada 20 peratus dalam usaha untuk mengekang kejatuhan mata wang berikutan sekatan yang lebih ketat yang dikenakan oleh negara Barat.

“Nampaknya terdapat beberapa perkembangan positif, menyaksikan kedua-dua negara, Ukraine dan Rusia telah bersetuju untuk rundingan gencatan senjata, walaupun ini mungkin terlalu awal,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit akan kekal dalam margin kecil antara RM4.19 dan RM4.20 setiap dolar AS hari ini kerana perkembangan di Ukraine akan terus menentukan sentimen pasaran.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Berbanding dolar Singapura, mata wang tempatan susut kepada 3.0915/0943 daripada 3.0897/0934 pada penutup Isnin dan turun kepada 5.6241/6288 berbanding pound Britain daripada 5.6139/6199.

Ringgit turut menyusut nilai kepada 3.6379/6412 berbanding yen Jepun daripada 3.6319/6361 dan jatuh berbanding euro kepada 4.6987/7026 daripada 4.6922/6973 sebelumnya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: BNM perlu kaji struktur khas pinjaman rumah B40, M40
Next: Dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ketiga berturut-turut

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.