Nilai dagangan Malaysia, Ireland catat peningkatan RM429.45 juta

Nilai dagangan Malaysia, Ireland catat peningkatan RM429.45 juta

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

JUMLAH nilai dagangan antara Malaysia dan Ireland catat trend peningkatan sebanyak RM429.45 juta bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini berbanding RM419.35 juta tahun lalu.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan berkata, nilai dagangan pada 2021 pula merekodkan sebanyak RM425.15 juta.

Menurutnya, pertemuan pertama antara Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan Menteri Pertanian dan Marin Ireland, Martin Heydon T D pada Isnin untuk membincangkan cadangan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian serta industri makanan.

“Melalui pertemuan ini, Ireland menyatakan kesediaan untuk memperkukuhkan lagi perdagangan dua hala terutamanya berkaitan pengeksportan daging dan itik ke Malaysia serta produk perikanan seperti tiram dan udang karang.

Sumber