Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan. - Foto hiasan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan. – Foto hiasan

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang tidak memberangsangkan menimbulkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS telah menaikkan kadar faedah dan akan mula menurunkannya.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, berikutan data ekonomi AS memperlihatkan pertumbuhan perlahan namun kekal positif, senario ini sewajarnya mendatangkan manfaat kepada emas.

“Keadaan ini menunjukkan ia hampir kepada kemelesetan…dan saya kekal berpandangan bahawa AS akan menangani kemelesetan, kita menuju kepada tahun pilihan raya AS, dan risiko politik dan geopolitik sepatutnya terus memberi dorongan kepada emas.

“Kami yakin untuk melepasi AS$2,000 dan hanya memerlukan data ekonomi AS yang tidak memberangsangkan untuk mendorong emas kepada julat perdagangan baharu. Pada masa ini, kami menjangkakan pada AS$1,975 hingga AS$2,000,” katanya.

Sumber