Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Nekad tinggalkan kerjaya guru, Anas fokus bangunkan syarikat kongsi kebaikan susu kambing Khalish
  • ACTIVITY

Nekad tinggalkan kerjaya guru, Anas fokus bangunkan syarikat kongsi kebaikan susu kambing Khalish

Helmi Aziz February 5, 2019 4 minutes read
160871.jpg

MENINGGALKAN kerjaya sebagai seorang pendidik demi penuhi keinginan menjadi usahawan, bukanlah perkara mudah jika tiada minat dan hala tuju dalam perniagaan dijalankan. Bagi bekas guru, Anas Che Mat Hadzer yang kini merupakan Pengarah Urusan SK Rich International Sdn Bhd, keputusan meninggalkan kerjaya sebelum ini adalah perkara sukar dilakukan.

Namun, hasratnya mahu berkongsi dan membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan menyebabkannya nekad meninggalkan kerjaya perguruan biarpun ditentang keluarga.

“Saya tak ambil masa lama berjinak-jinak dalam perniagaan kerana yakin dengan potensi perniagaan berasaskan susu kambing. Malah, pengalaman ahli keluarga yang amalkan susu kambing dan peroleh kesan baiknya menyebabkan saya mahu kongsi khasiatnya dengan orang lain yang ada masalah kesihatan,” katanya.

Jelasnya, dia mengetahui khasiat susu kambing apabila anak sulungnya kerap sembelit dan demam menyebabkannya melakukan pelbagai usaha dalam ikhtiar penyembuhan.

“Saya gunakan pelbagai susu. Akhirnya saya gunakan susu formula berasaskan susu kambing. Alhamdulillah, anak saya tidak sembelit dan mempunyai antibodi yang kuat.

“Isteri saya pula amalkan minum susu kambing ketika hamil dalam masa sama menyusukan anak kedua kami. Alhamdulillah, anak kami membesar sihat dan memiliki otak cerdas,” katanya.

Tambahnya, selain mahu membantu, dia juga mahu beri kesedaran kepada orang ramai bahawa susu kambing miliki lebih banyak khasiat berbanding susu lembu.

Setelah itu katanya, pada 2014 beliau mula melakukan kajian dan penyelidikan sebelum ambil keputusan perkenalkan susu kambing bertujuan bantu ibu dan anak-anak yang ada masalah meminum susu formula selain susu kambing.

Yakinkan pelanggan

Katanya sebagai permulaan, susu kambing di bawah jenama Khalish mempunyai tiga kategori yang mana ia sesuai untuk kanak-kanak, ibu hamil dan ikhtiar hamil.

“Khalish diformulasikan dari susu kambing, koko dan kurma yang diambil daripada kajian saya sendiri terhadap masyarakat Arab yang gemar minum susu kambing bersama koko dan kurma. Ia mampu beri pelbagai khasiat kepada mereka yang amalkannya,” katanya.

Pada peringkat permulaan katanya, beliau berdepan pelbagai cabaran antaranya sukar yakinkan pengguna dan mengubah persepsi masyarakat untuk amalkan susu formula berasaskan susu kambing.

“Namun Alhamdulillah, dalam beberapa bulan selepas itu Khalish berjaya catat jualan memberangsangkan dan perniagaan semakin maju,” katanya.

Tambahnya, pada awal pelancaran Khalish hanya mempunyai 20 ejen, kini meningkat 800 ejen di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura serta mempunyai 700 Khalish Dealer selain boleh didapati di lebih 400 outlet.

Namun, kejayaan dicapai berdepan ujian apabila Khalish berdepan masalah pengeluaran dan kawalan kualiti kerana pengurusan menganggap Khalish sudah dikenali dan tidak mungkin masalah demikian berlaku.

“Perniagaan catat kerugian dan saya perlu buat pembaharuan. Saya rangka semula perniagaan Khalish dan bermula dari bawah pada tahun lalu.

“Saya cari kilang yang boleh menepati citarasa Khalish menerusi kajian pembangunan dan penyelidikan. Beberapa perkara saya utamakan antaranya pembungkusan baharu bagi menjadikan Khalish miliki identiti tersendiri,” katanya.

Fokus pemasaran

Meskipun berdepan cabaran ekonomi tidak menentu kebelakangan ini, jualan Khalish menunjukkan peningkatan positif dan ia meyakinkan Anas untuk giat kukuhkan kedudukan Khalish sebagai peneraju susu kambing dalam pasaran tempatan.

“Khalish sasar pertumbuhan jualan meningkat 10 peratus dengan jualan keseluruhan 400,000 kotak tahun ini berbanding 2018. Peningkatan ini dipacu iklan di media sosial dan media perdana serta penyertaannya dalam pelbagai karnival di seluruh negara. Khalish juga akan tembusi pasaran global antaranya Thailand dan Timur Tengah menjelang pertengahan tahun ini,” katanya.

Jelasnya, kini Khalish mempunyai empat rangkaian produk iaitu dua produk susu formula, produk minda berasaskan susu kambing dan Khalish Coffee Robusta yang akan akan dilancarkan Mac nanti.

Saingan susu formula

Ditanya mengenai persaingan susu formula dalam pasaran, Anas optimis permintaan susu kambing akan meningkat setelah orang ramai menyedari kebaikannya.

“Untuk beri kesedaran mengenai kebaikan susu kambing, Khalish telah menghasilkan video dan mengadakan ‘home party’ untuk mendekati ibu bapa yang tinggal di luar bandar.

“Saya yakin dengan pemasaran terbaik, penjenamaan semula dan penambahbaikan dari segi pembungkusan, Khalish menjadi pilihan bukan sahaja masyarakat Melayu malah bangsa lain juga,” katanya.

Jelasnya, susu kambing yang diimport dari Belanda itu adalah material asli dan dijadikan serbuk tepung, tidak hamis. Formula digunakan tidak manis, tidak berbau dan tanpa bahan kimia.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Trend permintaan hartanah 2019
Next: Perang perdagangan AS-China, peluang Malaysia tingkatkan eksport tekstil ke AS

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.