Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • ‘Nak berniaga kena ada ilmu’ – Tya
  • ACTIVITY

‘Nak berniaga kena ada ilmu’ – Tya

Helmi Aziz March 2, 2023 2 minutes read
2104751.jpg

Oleh NUR IFTITAH ROZLAN, NAZRIN ZULKAFLI & MUKHRIZ MAT HUSIN24 Februari 2023 08:28amMasa membaca: 4 minit

Tya Ariffin menerima Anugerah Usahawan Muda 2023 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin. - Foto Sinar Harian

Tya Ariffin menerima Anugerah Usahawan Muda 2023 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin. – Foto Sinar Harian

SHAH ALAM – Mana-mana individu yang berhasrat untuk memulakan perniagaan dinasihatkan untuk menimba ilmu pengetahuan dan tidak melepaskan mana-mana peluang yang ada di depan mata.

Pengarah Eksekutif A Klasse Essentials Sdn Bhd, Tya Arifin berpandangan, anak muda khususnya yang baru mula berniaga digalakkan untuk berguru dengan mentor yang tepat dan arif untuk mengajar selok belok dunia perniagaan.

“Untuk berjaya sekarang sudah tidak lagi dinilai dengan faktor usia. Seberapa tinggi keinginan seseorang untuk berjaya, setinggi itu jugalah usaha yang perlu ditonjolkan.

“Nak berniaga kena ada ilmu. Sekarang kita tengok ramai anak muda yang sudah mula berniaga.

“Berbekalkan minat yang tinggi ditambah dengan ilmu dan didikan yang diterima, insya-ALLAH kita boleh memulakan apa jenis perniagaan yang ingin dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Malam Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) pada Khamis.

Tya Arifin. - Foto Sinar Harian

Tya Arifin. – Foto Sinar Harian

Beliau yang menerima Anugerah Usahawan Muda 2023 pada malam berkenaan turut meluahkan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan oleh Sinar Harian.

Luahnya, penganugerahan itu merupakan satu apresiasi buat dirinya untuk terus memacu perniagaan jus kesihatan Mutyara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya lihat anugerah ini sebagai satu penghargaan atas kerja keras saya dan pasukan dalam tempoh lima tahun ini.

“Namun ini tidak bermakna kita sudah cukup hebat, malah saya rasa lebih bertanggungjawab untuk bantu lebih ramai usahawan terutamanya golongan wanita, di samping membantu masyarakat untuk lebih sihat dengan produk kami, ” ujarnya.

Beliau turut berkongsi, jamu Mutyara keluaran syarikatnya akan mula dibawa masuk ke pasaran negara jiran, Indonesia dalam masa terdekat ini.

“Sebelum ini produk kita hanya boleh didapati di Malaysia, Singapura dan Brunei. Tahun ini, sedikit masa sahaja lagi kita akan pergi ke Indonesia pula, iaitu negara kelahiran saya, ” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Percikan nuansa pastel Uniqlo – Sinar Harian
Next: Karya jurugambar OKU diiktiraf – Sinar Harian

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.