MyIPO jalin kerjasama dengan TikTok, bantu peniaga dalam talian

MyIPO jalin kerjasama dengan TikTok, bantu peniaga dalam talian

Kamal Kormin (dua dari kiri) bersama Simon Zhou (dua dari kanan).

Kamal Kormin (dua dari kiri) bersama Simon Zhou (dua dari kanan).

PETALING JAYA – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama platform video mudah alih bentuk pendek, TikTok untuk memastikan polisi penguatkuasaan harta intelek di platform berkenaan selaras dengan akta-akta harta intelek dalam negara.

Kerjasama tersebut bertujuan menentukan peniaga dalam talian khususnya di TikTok Shop dapat meningkatkan pematuhan terhadap perundangan harta intelek.

Ia ditandatangani oleh Ketua Pengarah MyIPO, Kamal Kormin dan Ketua Hak Harta Intelek Asia Tenggara Tiktok, Simon Zhou yang disaksikan Pengerusi MyIPO, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain serta Timbalannya, Yusnieza Syamila Yusoff di sini, pada Isnin.

Pengerusi MyIPO, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, kerjasama tersebut akan memberikan kesedaran dan menyebarkan pengetahuan serta maklumat tentang perkara berkenaan kepada golongan usahawan aktif atau Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam talian.

Sumber